Tips untuk mendapatkan anak lelaki

Sebelum ini saya ada kongsikan tips untuk mendapatkan anak perempuan. Kali ini saya kongsikan pula tips untuk mendapatkan anak lelaki. Asasnya adalah sama, berpandukan pada sifat-sifat sperma X dan sperma Y. Untuk penerangan tentang Kromosom X dan kromosom Y telah diterangkan di sini.

XX - Akan menghasilkan anak perempuan
XY - Akan menghasilkan anak lelaki
Google image

Untuk mendapatkan anak lelaki, Sperma yang membawa gen Y perlu menjadi juara. Bagaimana untuk memilih hanya sperma yang membawa Y sahaja berjumpa ovum?



Muqri @ 11bulan

1 -  Lakukan persetubuhan selepas waktu subur.

Pada waktu subur ovum sudah pun dilepaskan dan sudah bersedia untuk persenyawaan. Sperma Y yang lebih pantas akan berenang lebih laju daripada sperma X. Kebarangkalian untuk sperma Y sampai dahulu adalah tinggi.

Untuk menentukan waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit daripada biasa. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari vagina. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Anda boleh juga membeli alat yang boleh menguji waktu subur.

2 - Pastikan liang vagina beralkali atau pH lebih tinggi sewaktu bersama suami isteri.

Sperma Y bersifat alkali manakala sperma X bersifat asid. Dalam keadaan medium yang beralkali akan mematikan sperma X sehingga jumlah sperma Y lebih banyak. Ini akan meningkatkan kadar sperma Y untuk berjumpa ovum.

Untuk itu isteri boleh cuba membasuh vagina menggunakan 1 gelas air yang dicampur dengan soda bikarbonat sebelum bersama. Isteri juga disarankan makan makanan yang beralkali seperti daging, buah-buahan, makanan laut dan sebagainya. Manakala suami banyakkan makan makanan yang berasid seperti limau, nenas, mangga, cuka dan sebagainya.

3 - Pastikan isteri mendapat kepuasan dahulu sebelum suami

Apabila isteri mencapai kepuasan, tubuh akan mengeluarkan suatu zat yang bersifat alkali dan ini akan mematikan sperma X. Oleh itu kandungan sperma Y yang lebih tinggi akan meningkatkan kebarangkalian untuk sampai ke ovum.

4 - Pancutkan air mani jauh ke dalam vagina

Sifat sperma Y yang lebih cergas dan pantas akan memberi peluang ia berenang lebih cepat dan sampai lebih awal mencapai telur berbanding sperma X.

Tapi perlu diingat, tiada jaminan 100% yang anda akan mendapat anak lelaki setelah mengamalkan tips diatas. Ini merupakan kaedah semulajadi untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki. Ini hanyalah sebahagian dari usaha sahaja. Selebihnya, sebagai muslim berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah. Walau jantina apapun, paling penting ialah anak anda sihat sejahtera.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...