Jom kita refresh balik subjek biologi yang dibelajar masa form 4 @ form 5 dulu. Lelaki membawa sepasang kromosom XY manakala perempuan membawa sepasang kromosom XX. Oleh itu penentu untuk jantina anak pastinya terletak pada lelaki atau sperma yang membawa kromosom X ataupun kromosm Y. Untuk mendapat anak perempuan, sperma yang membawa kromosom X sahaja diperlukan untuk bergabung dengan ovum yang hanya membawa kromosom X.
XX - Akan menghasilkan anak perempuan
XY - Akan menghasilkan anak lelaki
Kromosom X (google image) |
Bagaimana untuk memilih hanya sperma yang membawa X sahaja berjumpa ovum? Disini saya kongsikan beberapsa tips yang boleh dicuba untuk mendapat anak perempuan. Saya juga jika diberi rezeki lagi inginkan anak perempuan :) Tips untuk mendapat anak lelaki disini
1 - Lakukan persetubuhan seawal habis period sehingga 3 hari sebelum masa ovulasi atau waktu subur (pelepasan ovum). Dan jangan lakukan sesudahnya.
Usia Sperma X bertahan selama 5 hari, sedangkan usia Sperma Y hanya 3 hari. Maka pada hari ketiga setelah bersama suami isteri, kemungkinan besar hanya tinggal sperma X yang masih hidup dan bersiap sedia untuk membuahi ovum.
Untuk menentukan waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit daripada biasa. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari vagina. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Anda boleh juga membeli alat yang boleh menguji waktu subur.
2 - Pastikan liang vagina berasid atau pH rendah sewaktu bersama suami isteri.
Sperma X bersifat asid manakala sperma Y bersifat alkali. Dalam keadaan medium yang berasid akan mematikan sperma Y sehingga jumlah sperma X lebih banyak. Ini akan meningkatkan kadar sperma X untuk berjumpa ovum.
Untuk itu isteri boleh cuba membasuh vagina menggunakan 1 gelas air yang dicampur dengan 2 sudu besar cuka makan. Isteri juga disarankan makan makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium seperti susu, yogart dan sebagainya. Untuk suplemen shaklee, disarankan mengambil OsteMatrix*
Juga boleh makan makanan yang berasid seperti limau, nenas, mangga, cuka dan sebagainya manakala suami banyakkan makan makanan beralkali seperti sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya
3 - Pastikan suami mendapat kepuasan dahulu sebelum isteri
Ini untuk memberi peluang sperma X pergi lebih jauh. Apabila isteri mencapai kepuasan, tubuh akan mengeluarkan suatu zat yang bersifat alkali dan ini akan mematikan sperma X.
4 - Pancutkan air mani pada mulut vagina bukan jauh ke dalam vagina.
Vagina biasanya berasid. Ini akan mengurangkan sperma Y yang bersifat alkali dan memberi peluang lebih banyak sperma X pergi lebih jauh.
Selebihnya sebagai muslim, kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.