7 Petua Untuk Mengurangkan Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Orang kata kalau baby dah main-main air liur, buat buih-buih dimulut, si ibu kena la berjaga2.. Sebab ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Betul ke?

Sebenarnya, mengikut pengalaman saya, rambut akan mula gugur selepas 3 bulan bersalin. Ya, baby yang masuk 3 bulan juga dah mula pandai main air liur dan mengeluarkan buih dimulut. Itu sebab orang-orang lama kata, kalau baby dah main-main air liur, buat buih-buih dimulut tu tunggu la ibu akan mengalami rambut gugur yang banyak dari biasa.


Dari segi fakta saintifik pula:

(1) Wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari.

(2) Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat, maka, hanya sedikit sahaja rambut yang gugur setiap hari. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.

(3) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur.

 (4) Dua, tiga bulan selepas itu, wanita akan mula mengalami keguguran rambut disebabkan perubahan hormon ini. Dengan kata lain, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Biasanya perlukan 6-12 bulan untuk kembali normal.

Keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu!!!

Apa yang ibu boleh lakukan?

(1) Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir (berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai!).

(2) Guna syampu yang diperkaya vitamin B, ada khasiat bunga telang, atau syampu/ krim yang berasaskan minyak kelapa/ pati santan.

(3) Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

(4) Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.

Ini antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang alami masalah keguguran rambut.

1. Guna daun lidah buaya,ambil lendir sapu di kepala.. Amalkan selalu .. InsyaAllah, rambut gugur akan berkurangan.

2. Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

3. Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.

4. Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.

5. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

6. Perahan air limau nipis bersama telur. Kacau telur bersama perahan limau nipis dan sapu dikepala. biarkan setengah jam dan bilas.

7. Tahukah anda mineral Zink membantu mengurangkan rambut gugur. Zink boleh didapati dalam daging, makanan laut, produk susu, bijirin dan kekacang. Ataupun boleh ambil suplemen  Zink sebiji sehari sebelum makan.

Di Shaklee, kami menyediakan Set Rambut Gugur Shaklee khas untuk rambut gugur yang terdiri daripada ProSante Revitalizing Shampoo, Lightweight Conditioner, Nourishing Scalp Treatment & Zinc Complex. Set ini membantu merawat rambut gugur dari luaran dan dalaman. Hubungi saya untuk dapatkan harga diskaun Set Rambut Gugur Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...