Candida Albicans Dalam bentuk yis |
Candidiasis atau jangkitan yis lazimnya yang menyerang vagina pada wanita hamil. Ia berkembang dengan baik jika kandungan gula yang tinggi terdapat dalam lapisan sel-sel vagina semasa hamil. Yis akan tumbuh dengan baik pada persekitaran yang manis. Perubahan yang biasa semasa hamil ialah penurunan kandungan acid di kawasan vagina dan menyebabkan peningkatan kandungan gula pada sel dinding faraj.
Lazimnya candida albicans merupakan satu sel kulat dimana bila ianya di dalam keadaan normal ianya tidak merbahaya. Sebab-sebab seperti kehamilan, kencing manis, rawatan antibiotik dan sebagainya menyebabkan candida membiak dan bertukar menjadi sel-sel yis.
Candida Albicans yang menembusi sel hidup |
Anda akan dapati peningkatan cairan ini sekitar minggu ke 18 atau lebih awal. Rembesannya sepatutnya jernih, warna putih susu dan tidak berbau. Ia tidak harus berasa miang atau gatal serta menyebabkan kesakitan. Fungsinya adalah untuk mengekalkan kelembapan pada vagina serta kandungannya yang berasid mempunyai daya tahan jangkitan.
Ianya dipanggil normal jika :
Cecair putih yang nipis, melekit menyerupai cecair yang keluar sebelum datang haid dikenali sebagai leucorrhea dan ianya dikira normal semasa hamil. Perbezaannya adalah kuantitinya yang banyak dan kadangkala anda memerlukan pantiliner. Walaupun ia membuatkan anda tidak selesa tetapi ianya bukan satu masalah besar.
Ianya dipanggil tidak normal jika :
Walaubagaimanapun, jika terdapat kegatalan atau kesakitan, bau yang kurang menyenangkan, kemerahan, bengkak dan perubahan pada warna cecair tersebut anda dinasihatkan berjumpa doktor. Anda harus berhati-hati kerana kebarangkalian wanita hamil terkena jangkitan vaginitis adalah sepuluh kali ganda daripada wanita tidak hamil. Vaginitis tidak memberi sebarang kesakitan kepada bayi tetapi ianya perlu dirawat.
Terdapat 3 jenis vaginitis iaitu :-
1- Trichomoniasis
2- Moniliasis
3- Bacterial vaginosis
Moniliasis atau jangkitan yis merupakan jangkitan paling biasa pada ibu-ibu hamil. Mungkin juga jangkitan daripada candida albicans iaitu kulat di dalam vagina anda yang menyebabkan kekuningan seperti keju, rasa kepanasan dan gatal serta bau yang kurang menyenangkan. Dan jika ianya tidak dirawat, jangkitan mungkin boleh merebak kepada bayi anda.
Symptoms biasa jangkitan fungus semasa hamil
- Rasa gatal yang teruk, kepanasan dan lapisan putih yang berupa keju.
- Bengkak, kemerahan di dalam atau dibibir faraj.
- Bau yang agak masam dan kurang menyenangkan.
- Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
- Sakit ketika kencing.
- Rasa kepanasan pada bahagian sulit dan menyebabkan rasa sukar tidur.
- Sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom langsung.
Apa yang perlu dilakukan?
Ingatlah bahawa membiarkan atau tidak mempedulikan tidak akan membuatkan jangkitan ini pergi. Jadi ambillah tindakan berikut :-
- Jangan merawat sendiri. Pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan pencegahan yang berkesan.
- Jangan mengesat tuala dari belakang dubur ke arah vagina dikhuatiri akan menyebarkan bakteria ke vagina.
- Elakkan juga memakan benda-benda yang manis yang boleh meningkatkan pembiakan yis.
- Makan yougurt untuk mengimbangi bakteria baik di dalam vagina.
- Kekalkan kering dan bersih pada kawasan vagina.
- Pakai pantiliner dan kerap menukarnya dan pantiliner tersebut mestilah yang tidak berbau wangi.
- Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kapas dan elakkan memakai kain dari nilon serta elakkan memakai seluar ketat.
- Elakkan memakai sabun dan wangian pada vagina.
- Jangan menggunakan apa-apa cucian berbentuk semburan ke vagina.
- Elakkan menggunakan tampon semasa hamil kerana ia meningkatkan risiko jangkitan vagina.
- Elakkan menggunakan kertas tandas yang wangi.
- Elakkan meletakkan bedak serbuk pada vagina kerana ia kebenyakannya adalah kanji dan ianya boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.
- Elak mengambil antibiotik
- Dalam pemakanan, banyakkan minum air untuk menyah toksin di dalam badan.
- Elakkan makanan manis serta tenusu.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment