Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamin dan multimineral? Di sini ada jawapannya.
Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.
Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.
Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsium untuk meningkatkan kekuatan tulang.
Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.
Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.
Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .
Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.
Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.
Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment