Masalah Hb Rendah Semasa Hamil Boleh Membawa Maut!

Tidak dinafikan, ramai ibu mengandung yang memandang rendah kepentingan pengambilan suplemen Iron ketika hamil kerana takut bayi besar. Wanita mengandung biasanya kurang mampu untuk mendapatkan sumber zat besi yang mencukupi dari diet harian - samaada kerana loya/ kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh.

Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi. Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia iaitu kekurangan zat besi. Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah),genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan ibu mengalami tumpah darah yang meningkatnya risiko kematian ibu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan.

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami:

* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
Sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum mengambil makanan dibawah.. 

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Jika anda ingin mencuba ataupun memilih suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan anda sepanjang kehamilan, kami mencadangkan Set HB rendah bagi anda yang mengalami masalah Hb rendah. Namun, untuk set vitamin bagi ibu mengandung yang lebih lengkap, kami mencadangkan pengambilan set lengkap kehamilan.

Set Mengandung ini bukan sahaja dapat membantu menaikkan paras Hb malah juga membantu mengawal paras gula dalam darah ibu hamil.

Apa kata salah seorang pengguna Set HB Rendah, Puan Fiza, yang mengalami masalah Hb rendah ketika mengandung.


 "Masa mengandungkan anak kedua bacaan hb saya asalnya kat border 11.0 bila kandungan makin membesar hb saya drop ke 10.0 malah pernah mencecah bacaan 9...masa tu saya google dan terjumpa pasal set hb low vitalea + b comp + vit c...alhamdulillah sejak ambik secara konsisten sampai saat melahirkan bacaan hb saya terus naik dari bacaan 9 ke 13" - Pn Fiza

Alhamdulillah. Suplemen ini sekadar usaha. Yang lebih utama ialah ibu-ibu yang sedang hamil perlulah sentiasa pastikan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada di paras optimum!

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...