TESTIMONI VIVIX : Semakin Pulih Setelah Diserang Vertigo & Resdung

Pernah dengar penyakit Vertigo? Saya pun pertama kali dengar setelah mentelaah kebaikan Vivix Shaklee. Vertigo ni bukan penyakit tetapi lebih kepada serangan yang boleh menyebabkan kepala rasa berpusing-pusing. Untuk maklumat lanjut mengenai Vertigo boleh baca -->> Disini.

Jom kita baca testimoni dari Puan Zura setelah suaminya diserang Vertigo untuk kali kedua yang berisiko menjejaskan sistem pendengaran suaminya.

" Sebelum kenal Shaklee En suami pernah diserang VERTIGO.. Berpunca dari RESDUNG TERUK sehingga merosakan SARAF PENDENGARAN.. nyaris pekak hokey (oh no muka boleh tahan tapi pekak) hahahaha..

Time tu lebih sebulan TAK BOLEH BANGUN langsung. Terbaring je kat rumah.. lepas dapatkan rawatan doctor ambil masa yang agak lama juga laa untuk recover. Nak di jadikan cerita.. hujung tahun lepas dia diSERANG SEKALI LAGI... oh no..!! time tu dah cuak dah.. sebab doc cakap kalau kene lagi anytime boleh JEJASKAN sistem pendengarannya.. atau dengan kata lebih halus.. PEKAK..!! seram hokey..

Time tu dah jatuh cinta dengan SHAKLEE.. saya paksa dia KONSISTEN amik vivix pg satu sudu malam satu sudu.. Alhamdulillah dengan izin Allah dia PULIH SEPENUHNYA tak sampai seminggu. Syukur sangat2.. so bagi mereka yang ade maslah RESDUNG jangan ambil mudah..!!" -Pn. Zura

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix.  Vivix Shaklee hanya untuk 18 tahun keatas sahaja

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Apa Itu Vertigo Dan Bagaimana Cara Atasinya

Apa itu Vertigo?


Vertigo adalah keadaan dimana kepala pusing yang dirasakan luar biasa. Seseorang yang menderita vertigo merasakan sekelilingnya seolah-olah berputar, ini disebabkan oleh gangguan keseimbangan yang berpusat di kawasan labirin di kawasan telinga.

Perasaan tersebut kadang-kadang disertai dengan rasa mual dan ingin muntah, bahkan pesakit merasa tak mampu berdiri dan kadang-kadang terjatuh kerana masalah keseimbangan.

Keseimbangan tubuh dikawal oleh otak kecil yang mendapat maklumat mengenai kedudukan tubuh dari organ keseimbangan di telinga tengah dan mata. Vertigo biasanya terjadi akibat gangguan telinga tengah dan dalam atau gangguan penglihatan.

Faktor terjadinya Vertigo

1- Serangan migrain
2- Radang pada leher
3- Mabuk kenderaan
4- Jangkitan bakteria pada telinga
5- Kekurangan pengambilan oksigen ke otak
6- Penggunaan ubat tertentu

Ada beberapa jenis ubat boleh menyebabkan timbulnya vertigo seperti kinastreptomycin, dan salisilat, yang diketahui boleh menimbulkan keradangan kronik telinga dalam.

Vertigo boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu

1. Vertigo laryngea, iaitu pusing kerana serangan batuk.
2. Vertigo nocturna, iaitu rasa seolah-olah akan terjatuh pada permulaan tidur.
3. Vertigo ocularis, iaitu pusing kerana penyakit mata, khususnya kerana lumpuh atau ketidakseimbangan kegiatan otot-otot bola mata.
4. Vertigo rotatoria, iaitu pusing seolah-olah semua di sekitar badan berputar-putar.

Ketika anda merasakan serangan vertigo, ada beberapa tindakan yang boleh anda lakukan:

1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian pejamkan mata, dan cuba cari kedudukan yang membolehkan anda berbaring. Jika tidak boleh, maka segeralah duduk.

2. Jika anda merasa mual dan ingin muntah, maka segeralah mendapatkan bantuan orang-orang yang dekat dengan anda untuk membantu anda ke tandas.

3. Ketika anda berbaring, biarkan kedudukan tersebut sehingga serangan vertigo berkurang atau hilang.

4. Buka mata perlahan-lahan dan cuba mengiringkan badan, atau gerakkan kepala anda dengan perlahan.

Jika dengan tindakan ini serangan vertigo datang kembali, anda harus segera memejamkan mata, atau kembali ke posisi asal semula.

Rawatan

Rawatan terhadap penyakit ini harus dilihat dahulu jenis penyakitnya. Ubat untuk mengurangkan vertigo yang ringan adalah meklizin, dimenhidrinat, perfenazin dan skopolaminSkopolamin terutama berfungsi untuk mencegah motion sickness, yang terdapat dalam bentuk plaster kulit untuk kegunaan beberapa hari.

Semua ubat ini boleh menyebabkan mengantuk, terutama pada usia lanjut. Anda juga boleh mengambil ubat anti muntah. Namun, jika berterusan, sebaiknya segera berjumpa doktor.

Selain itu, Vivix Shaklee juga boleh diambil jika anda mengalami Vertigo. Vivix Shaklee yang bersifat anti-virus dan anti-bakteria, juga membantu mengurangkan stress dan sakit kepala yang boleh menyebabkan Vertigo.

Baca Testimoni Vivix Shaklee VS Vertigo -->> Dsini

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix.  Vivix Shaklee hanya untuk 18 tahun keatas sahaja

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

9 Tips Meningkatkan Tenaga Badan


1. Bernafas dengan cara yang betul


Kebanyakkan kita “malas” bernafas, Gunakan teknik bernafas yang betul, sedut udara dari hidung (dalam kiraan 10), tahan (dalam kiraan 10), dan keluarkan melalui mulut; pastikan perut anda buncit semasa menarik nafas dan rasakan udara yang masuk ke dalam tubuh badan anda

2. Tidur yang cukup

Orang dewasa memerlukan tidur 7-8 jam sehari. Tidur seawal bagi memastikan hormon melatonin dirembeskan sepenuhnya.Melatonin berfungsi sebagai anti oksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, meningkatkan imun sistem, mencegah kanser, dan yang paling best untuk awet muda. Pastikan lampu anda dipadamkan semasa tidur agar penghasilan melatonin tidak terganggu.

3. Kurang air dalam badan

Setiap orang perlukan 8 hingga 10 gelas air sehari, (air masak atau air bertapis). Kekurangan air di dalam badan mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan. Fenomena ini akan menyebabkan tubuh badan kering serta keletihan

4. Cara Pemakanan

Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi, Skip sarapan menyebabkan anda mengambil karbohidrat berlebihan semasa makan tengahari. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah menyebabkan keletihan. Pastikan anda hanya mengambil segenggam nasi untuk makan tengahari, lebihkan sayur-sayuran serta pengambilan buah-buahan.

5. Bersenam

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pelbagaikan aktiviti seperti jogging, brisk walk, hiking, bermain badminton dan lain-lain agar anda tidar berasa jemu untuk bersenam. Ajak rakan-rakan dan keluarga untuk meningkatkan motivasi untuk bersenam. Lakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dan tingkatkan. Waktu terbaik untuk bersenam adalah awal pagi.

6. Kawal Stress

Tekanan emosi yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal akan menjejaskan fizikal, anda akan kerap rasa keletihan, sakit kepala, kurang selera makan, tidak aktif dan sering hendak tidur. Kenalpasti punca stress dan cara atasi.

7. Take a BREAK

Ambil 10-15 minit dari melakukan aktiviti sampingan yang anda suka seperti membaca buku, surat khabar, menikmati pemandangan, window shopping dan sebagainya.

8. Kurangkan pengambilan Kafein

Kafein mempunyai kesan menyahhidratkan. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama beberapa jam. Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga. Kurangkan pengambilan secara berperingkat sehingga badan anda terbiasa dengan keadaan yang baru. Gantikan minuman berkafein dengan pengambilan teh hijau yang boleh membantu meningkatkan tenaga.

9. Pengambilan Supplement

Multivitamin dan B complex antara suplement yang membantu meredakan stress dan penambahan tenaga segera manakala Performance Drink membantu dehidrasi dan menambahkan tenaga.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI VIVIX : Luka Kemalangan Sembuh Dengan Cepat*

Hari ni saya nak kongsi testimoni Vivix Shaklee dari seorang ibu saudara kepada mangsa kemalangan jalan raya. Kemalangan yang sangat teruk memaksa doktor menanggalkan tempurung kepala sementara untuk memastikan tiada darah beku pada otak mangsa. Ngeri kan dengar.

Menurut doktor, paling cepat untuk pemasangan balik tempurung kepala adalah selepas 6 bulan tetapi dengan kuasa Allah, selepas 3 bulan mangsa menunjukkan perkembangan yang sangat positif sehinggakan doktor mengambil keputusan untuk memasang balik tempurung kepalanya hanya selepas 3 bulan.

Jom ikuti testimoni ini;


" Anak saudara sy Nisa terlibat dengan kemalangan teruk. Alhamdulillah perkembangan dia sungguh menakjubkan,dgn izin Allah.. sewaktu kami semua ahli keluarga menangis bila flap bone(tempurung kepala) dia terpaksa kena tanggalkan... kami asyik tanya,bila akan di pasang semula?? Doc ckp paling sekejap pun 6 BULAN lagi sebab keadaan nisa sgt teruk..diorang takut ada darah beku kat otak nisa. Lebih menakutkan ada seorang budak tu selepas 8bulan baru nak kena pasang semula flap bone dia... tapi kesian dia,flap bone dia dah xleh pasang sebab dah xmuat.. so kena lah ganti ngan flap bone tiruan.. bayangkan,nenek budak tu smpai pengsan..

Kami hanya mampu berdoa dan usaha selebihnya kami bagi Nisa VIVIX dan MEALSHAKE. Nisa disahkan mengalami kerosakan otak yg teruk dan xakan berfungsi..jadi dia akan hilang daya..Dia mungkin x boleh melihat,sebelah badannya jugak akan lumpuh. Walaupun dia dah buka mata,tapi akan mengambil masa yg lama utk dia sedar sepenuhnya..Malah sewaktu di hospital dia bagaikan gagal mengawal pernafasan. kadang laju sangat sampai dia letih. Sebab otak dia dah hilang daya kawalan.

Selepas 2 bulan consume Vivix dan Mealshake ni,Alhamdulillah perkembangan dia sungguh ketara. banyak ujian dijalankan.. doctor jugak terkejut dan kagum...Satu pagi tu,nisa ada perjumpaan utk pemeriksaan pakar otak..kedengaran dari dlm bilik Nisa meraung menangis..Doctor panggil mama Nisa dan bertanya,selain ubat dari hospital,korang bagi apa lagi?? mama Nisa waktu tu takut dan susah hati.. dia jawab xde apa.3x doctor tanya,mama nisa tetap jawab xbagi apa2. lepas tu doctor tu cakap "minggu depan Nisa kena duduk wad.. BERSEDIA UNTUK PEMBEDAHAN KEPALA..KITA PASANG TEMPURUNG KEPALA DIA SEMULA". Jadi Nisa xperlu tunggu 6 bulan.. 3bulan je untuk doctor pasang semula flap bone dia.

ALLAH HUAKHBAR... sungguh mama Nisa macam xpercaya..Dia call sy dan bgtau.. Dia balik rumah pun dia cerita lagi.. Alhamdulillah.. Perkembangan Nisa sangat banyak..sangat ketara.. Dia dah boleh respon apa yg kami cuba selamani.. dia boleh ketawa ada bunyi kalau kami bergurau. Dia dah boleh bagi Isyarat kalo YA-pejam mata.. kalau TIDAK palingkan kepala. Semoga segalanya berjalan lancar... Nisa boleh bercakap semula(skrg masih ada tiub kat hidung untuk bagi susu),dah boleh berjalan.. Sekarang dia dah xkaku..dah tak genggam tgn kuat lagi,xgigit bibir..anggota badan dia pun boleh bergerak...Alhmdulillah..doa2kan ya!thanks..." - Puan Syatini

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix Shaklee. Vivix Shaklee hanya untuk 18 tahun keatas sahaja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Kepentingan Mineral Zink Dalam Kehidupan Manusia

Bila sebut ZINK apa yang terbayang dalam fikiran anda? Saya terbayangkan atap zink belakang rumah saya dekat kampung :) Kali pertama saya makan Zinc Complex semasa berpantangkan Fikri dengan Set Bersalin Shaklee


Zink mempercepatkan penyembuhan luka di luar dan dalaman. Ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Oleh sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin terutamanya secara pembedahan digalakkan makan ikan haruan atau pati ikan haruan. Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan haruan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (seperti saya!), bolehlah digantikan dengan suplemen Zink.

Zink adalah salah satu mineral yang penting, terdapat dalam setiap sel badan dan melakukan banyak fungsi yang berguna. Ia merupakan komponen dalam 200 enzim di dalam badan dan banyak terlibat dalam tindak balas enzim berbanding mineral-mineral lain.

Ia merupakan salah satu daripada komponen insulin, hormon pertumbuhan dan hormon seks, dan banyak terkandung dalam sperma. Ia juga mengambil bahagian dalam metabolisme karbohidrat, pecahan alkohol dan sintesis asid nukleik.

Jom kita lihat kepentingan zink pada kita.

1- Menggalakkan pertumbuhan yang sihat
Bersama-sama dengan vitamin A, B6, dan B12, zink adalah perlu untuk pertumbuhan.

2- Membantu menyahtosik
Ia membantu perkumuhan kadmium toksik yang terdapat dalam asap rokok (yang menyebabkan tekanan darah tinggi), dan meneutralkan kesan buruk tembaga yang berlebihan (punca artritis).

3- Membantu masalah ketidaksuburan dan masalah prostat
Zink adalah penting untuk kematangan kelenjar seks dan fungsi seks, terutamanya prostat. Ia menghalang pembesaran prostat, yang boleh menyekat aliran air kencing dan merupakan masalah ramai dikalangan lelaki yang melebihi usia 45. Zink juga dikenali sebagai khazanah lelaki!

4- Membantu masalah alahan
Bersama-sama dengan vitamin B6, zink menghalang pengeluaran histamin. Ini membantu dalam merawat alahan.

5- Bantu di dalam masalah mental
Ia melegakan saraf dan kemurungan dan digunakan dalam rawatan penyakit Alzheimer dan beberapa jenis skizofrenia.

6- Mempercepatkan penyembuhan luka
Zink juga boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan digunakan untuk mengubati ulser akibat daripada rawatan kortison. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

7- Membantu pesakit diabetes
Oleh kerana kehadirannya di dalam insulin, zink meningkatkan kesan insulin. Oleh itu ia membantu dalam rawatan penyakit kencing manis.

8- Membantu meningkatkan sistem imun
Zink membantu dalam pengeluaran kelenjar thymus yang penting dalam meningkatkan sistem kekebalan badan dengan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Digalakkan diambil oleh mereka yang sering demam dan selsema.

9- Menggalakkan kesihatan kulit 
Terkenal dengan keupayaan untuk menggalakkan kesihatan kulit dan mengurangkan psoriasis. Atas sebab ini, ia kadang-kadang digunakan sebagai ramuan dalam krim kulit.

10- Membantu mengatasi masalah jerawat
Mineral ini penting untuk masalah jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zink juga membantu sintesis kolagen dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

11- Mengurangkan masalah rambut gugur

12- Membantu masalah kehilangan tulang
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

13- Penting untuk ibu mengandung
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia juga diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel yang pesat dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

14- Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Tanda-tanda kekurangan zink adalah:

- Prostat bengkak
- Kemandulan dan mati pucuk
- Kematangan seks lambat pada kanak-kanak
- Pertumbuhan terbantut
- Haid tidak teratur
- Kecenderungan jangkitan dan penyembuhan luka yang lambat
- Sakit sendi
- Artherosclerosis dan peredaran darah yang lemah
- Pembelajaran lambat dan terencat akal
- Kehilangan deria rasa dan bau
- Alahan
- Jerawat
- Stretch mark pada wanita hamil
- Bintik putih pada kuku
- Peluh serangan
- kecenderungan pada kencing manis

Zink boleh hilang disebabkan oleh alkohol dan merokok. Peluh yang berlebihan juga boleh menyebabkan kehilangan sehingga 3 mg sehari.

Mineral zink biasaannya boleh didapati di dalam multivitamin dan multimineral. Juga boleh di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc SulfateZinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg.

Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun. Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.

Di antara sumber semula jadi terbaik zink adalah;

- Tiram mentah
- Kerang
- Daging
- Ikan
- Germa gandum mentah
- Yis bir
- Cendawan
- Biji labu
- Kuning telur
- Kekacang.

keperluan seharian yang disyorkan ialah 15 mg untuk orang dewasa dan 10 mg untuk kanak-kanak. Keperluan meningkat semasa mengandung dan penyusuan.

TIPS PENTING!
(1) Penyerapan mineral Zink oleh badan memerlukan Vitamin A.
(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3) Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).
Penghidap SLE tidak boleh mengambil Zinc Complex.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Miracle Vivix - Kesan Positif Pada Masalah Kesihatan

Ramai yang bertanya saya, apa lagi penyakit yang boleh mengambil Vivix. Sebenarnya ramai yang keliru antara ubat dan suplemen atau makanan tambahan. Ubat biasanya kita ambil bila kita jatuh sakit. Manakala suplemen pula adalah makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Pendek kata suplemen adalah pencegahan awal supaya penyakit tidak bertandang. Tapi ramai antara kita kurang kesedaran akan kepentingan suplemen ini.


Ok, berbalik kepada Vivix tadi, secara keseluruhannya Vivix membantu memelihara kesihatan jantung, otak, mata, sistem imun dan kesihatan sendi. Berikut saya senaraikan antara penyakit atau masalah kesihatan yang mendapat kesan positif dari Vivix. Walau bagaimana pun, untuk penyakit kronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengambil suplemen Vivix.

# Alergi Hidung*
# Asthma*
# Selsema & flu*
# Bronkitis*
# Batuk / Tuberculosis*
# Sinusitis / Resdung*
# Perokok*
# Gastrik / Peptik*
# Ulser Perut*
# Masalah Pundi Hempedu*
# Hepatitis*
# Hemorrhoids / Piles*
# Ketagih Alkohol*
# Talasemia*
# Penyakit Jantung / Hypertensi / Strok*
# Tekanan Darah Tinggi*
# Kolestrol Tinggi*
# Diabetes*
# Gout*
# Batu Karang*
# Masalah Ginjal / Pundi Kencing*
# Sistitis / Infeksi Saluran Urinari*
# Depresi / Kegelisahan*
# Vertigo*
# Gila Babi / Fits*
# Alzheimer / Nyanyuk*
# Kejang Kaki / Kebas-kebas*
# Insomnia / Masalah Tidur*
# Migrain / Pening Kepala*
# Letih / Lesu*
# Parkinson*
# Sklerosis Berganda*
# Pigmentasi / Bintik Penuaan*
# Psoriasis*
# Kulit Terbakar*
# Ekzema*
# Kulit Yang Cantik*
# Lupus SLE*
# Rambut Beruban*
# Rambut Gugur*
# Arthritis / Sakit Sendi*
# Sakit-sakit Badan*
# Masalah Kuku*
# Patah Tulang*
# Katarak*
# Glaukoma*
# Mata Malas / Lazy Eyes*
# Anti Penuaan*
# Mati Pucuk / Impotence*
# Masalah Prostat*
# kemandulan Wanita & Lelaki*
# Ketiadaan Nafsu Berahi / Frigidity*
# Masalah Keputihan / Leukorrhea*
# Sindrom Pra-haid / Pre Menstrual Syndrome*
# Menopaus*
# Penyakit Kelamin*
# Vena Varikos / Varicose Veins*
# Fibroid*
# Cysts*
# Kanser & Tumor*
# Sebelum, Selepas Pembedahan @ Waktu Rawatan*

Baca testimoni Vivix -->> Disini

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix. Vivix untuk 18 tahun keatas sahaja 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Promosi Vita E Complex Shaklee Beli 6 Percuma 1

Sempena bulan Jun ini,  Dapatkan Vitamin E Shaklee pada harga yang sangat istimewa.


Jom dapatkan Vita E Complex dengan harga promosi yang sangat menarik sepanjang bulan Jun 2014 ini. Dengan membeli 6 botol Vita E Shaklee, anda akan dapat ;

- PERCUMA 1 botol Vita E Complex yang bernilai RM149!
- PERCUMA keahlian Shaklee yang bernilai RM75!
- BONUS TUNAI RM35 sebagai ahli Shaklee (Dapat pada bulan Julai 2014)!
- Peluang menjana PENDAPATAN SAMPINGAN (part time @ full time) bersama group kami!
- Vita-E semulajadi untuk Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Kesihatan Imun!


Percaya atau tidak anda dapat penjimatan sehingga RM259!

Jom dapatkan Vita E Complex untuk yang tersayang atau anda boleh berkongsi dengan keluarga dan rakan sekerja. Pastikan anda menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

10 Faktor Penyebab Berlakunya Penuaan Awal

Faktor # 1 Pencemaran

Pencemaran boleh menyebabkan stress oksidatif pada kulit dan radikal bebas daripada pencemaran boleh menyebabkan pemecahan kolagen dan elastin pada kulit sehingga kulit menjadi kering , kusam dan mudah timbul kedutan . Oleh kerana itu , sangat penting untuk membersihkan kulit setiap hari selepas bekerja dan memperbanyak penggunaan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E.

Faktor # 2 Sinar Matahari

Walaupun anda jarang bekerja di luar , anda masih berisiko terkena sinaran matahari di dalam bilik atau kenderaan jika duduk berhampiran tingkap. Sinar ultraviolet A dengan gelombang panjang akan masuk ke dalam lapisan kulit lebih dalam dan menjadi penyebab timbulnya kedutan, pigmentasi dan bahkan kanser kulit.

Faktor # 3 Stress

Semasa anda stress, badan akan melepaskan hormon kortisol yang akan menyebabkan pemecahan kolagen dan elastin pada kulit. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi kering, kusam dan timbul kedutan pada kulit. Cuba atasi stress dengan berhenti sejenak dari rutin dan mula melakukan kegiatan yang disukai agar fikiran menjadi lebih tenang .

Faktor # 4 Kurang Tidur

Kurang tidur boleh menyebabkan penuaan awal dengan 2 cara, iaitu;
1- Proses pertumbuhan semula kulit yang biasa terjadi pada waktu tidur menjadi terganggu . Kedua , kerana 2- Kurang tidur menyebabkan tubuh menjadi penat sehingga anda cenderung mengabaikan penjagaan kulit dan pola makan juga tidak teratur sehingga memberi kesan negatif pada kesihatan kulit .
Usahakan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Disiplinkan jadual tidur akan member kesan positif pada kesihatan kulit. Vivix membantu tidur yang lebih berkualiti.

Faktor # 5  Berada di bilik berhawa dingin dalam waktu lama

Hawa dingin boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering sehingga menyebabkan cepatnya proses penuaan. Perbanyak minum air kosong dan pakai pelembab untuk mencegah kekeringan kulit .

Faktor # 6 Produk Penjagaan Kulit Tertentu

Beberapa produk penjagaan kulit untuk Anti - Aging biasanya mengandungi Retin - A , alkohol , asid Glycolic yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering jika pemakaiannya berlebihan. Seeloknya produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin E, vitamin C, asid hyaluronat untuk menjaga kelembapan kulit .

Faktor # 7 Pembersihan Wajah Yang Terlalu kering

Membersih wajah terlalu sering dengan sabun boleh menghilangkan minyak semula jadi wajah yang berfungsi untuk memelihara kelembapan kulit secara semula jadi. Akibatnya, kulit mengendur dan muncul kerutan sebelum waktunya.

Faktor # 8 Makanan Manis

Kadar gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan perubahan pada kolagen sehingga memudahkan timbulnya kedutan pada kulit. Selain makanan manis, makanan dengan indeks glycemic yang tinggi seperti nasi putih dan roti juga mempunyai kesan yang sama. Seimbangkan diet anda dengan pengambilan protein dan serat daripada sayur dan buah - buahan .

Faktor # 9 Merokok

Merokok boleh menyebabkan penuaan dengan 6 cara;
1- Nikotin di dalam asap rokok akan membuat sel - sel kulit kekurangan cecair sehingga kelembapan berkurangan, kulit menjadi kusam, kering dan kasar .

2- Merokok secara umum mengurangkan kadar vitamin A dan vitamin C pada kulit wajah yang sebenarnya berfungsi sebagai anti-oksidan untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel .

3- Tembakau boleh menyebabkan kerosakan kolagen kulit sehingga keanjalan berkurang dan kulit lebih mudah berkedut.

4- Merokok, terutama dalam jangka waktu yang lama, boleh menyebabkan penurunan aliran darah pada arteri dan kapilari kulit wajah sehingga boleh menyebabkan kematian sel kulit. kekurangan aliran darah akan menyebabkan halangan dalam aliran nutrisi dan oksigen ke kulit.

5- Merokok juga melambatkan proses penyembuhan luka sehingga proses regenerasi kulit terganggu .

6- Semasa merokok, pendedahan haba yang terus-menerus boleh menyebabkan kerosakan keanjalan kulit wajah

Faktor # 10 Pemakanan yang tidak seimbang

Pengambilan nutrisi yang rendah serat, rendah vitamin, rendah antioksidan dan pengambilan nutrisi yang tidak seimbang boleh menyebabkan penuaan pada kulit. Setiap hari kulit memerlukan nutrisi untuk terus sihat dan melawan sinar matahari, pencemaran dan radikal bebas. Tanpa nutrisi yang baik maka kulit akan kelihatan tidak bermaya. Pengambilan Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E sangat digaklakkan untuk kulit yang sihat.


Di Shaklee kami menawarkan set panjagaan wajah ekslusif luaran dan dalam. Untuk luaran Set Natural Glow yang terdiri daripada pembersih wajah, toner dan pelembab sangat membantu memelihara kulit wajah secara semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia atau pengawet.

Untuk dalaman, Set Skin Care yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex memelihara kulit dari dalam dan mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi.

Juga memperkenalkan Vivix Shaklee, sirap anti-aging terbaik. Sangat popular di US, Vivix merupakan revolusi terbaru dalam melambatkan penuaan pada tahap sel.

Set Natural Glow --->> Klik Sini
Set Skin care --->> Klik Sini
Vivix Shaklee --->> Klik Sini

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...