22 Tips dan Trik Untuk Anda Yang Ingin Berhenti Merokok

Abang saya seorang perokok tegar sejak zaman persekolahan lagi. Setelah lebih 10 tahun memegang rokok, kini abang saya sudah bebas dari rokok. Jikalau abang saya mampu melakukannya, kenapa tidak anda! Perkara yang paling penting adalah kesungguhan untuk berhenti. 


Saya kongsikan tips dan trik untuk berhenti merokok. Dan ada diantaranya diamalkan oleh abang saya. Anda boleh mencuba mana-mana tips yang serasi dengan anda.

1 - Kuatkan niat untuk berhenti merokok.

2 - Berhenti dengan spontan. Melakukan perancangan memberi kesempatan bagi anda untuk berfikir dua kali sama ada akan berhenti merokok atau tidak , sehingga masih ada kemungkinan anda batal berhenti merokok .

3 - Mulakan dengan tujuan sederhana seperti untuk menambah duit simpanan.

4 - Hebahkan pada orang sekeliling yang anda ingin berhenti merokok. Jangan merokok depan saya!

5 - Ubah pemikiran anda hukum merokok adalah HARAM! Bukan makhruh bukan halal.

6 - Baca dan fahamkan kesan akibat merokok. Bayangkan jika ia berlaku pada anda! Boleh baca kesan akibat merokok->> disini

7 - Tulis diatas kertas "Saya Ingin Berhenti Merokok" dan tampal dirumah dan di pejabat.

8 - Pergi hospital melawat pesakit paru-paru atau pesakit stroke. Tengok dengan mata sendiri keadaan pesakit. Nak ke jadi macam tu?

9 - Anda mungkin akan bermimpi merokok. Hal ini disebabkan oleh bau tembakau yang dikeluarkan oleh paru - paru. Alasan untuk anda merasa bimbang .

10 - Cari masa yang terbaik untuk berhenti. 2 masa terbaik adalah pada bulan puasa dan semasa poket kosong! 

11 - Berpakat dengan kawan untuk berhenti bersama-sama. Siapa yang termerokok kene bayar denda! 

12 - Ganti aktiviti merokok dengan mengunyah gula-gula. Gula-gula jenis nicotine lozenges atau NiQuitin CQ memberi kesan yang sama seperti saat anda merokok , yakni menurunkan nafsu makan . Dengan cara ini , anda boleh berhenti merokok sekaligus mengurangkan risiko bertambahnya berat badan

13 - Merokok dengan berbagai jenama. Ini untuk mengurangkan ikatan yang kuat dengan jenama rokok tertentu. Semakin kurang ikatan semakin senang untuk anda berhenti terus dari merokok.


14- Cuba ubah jadual waktu merokok. Seperti merokok sebelum makan bukan selepas makan supaya tidak terikat dengan waktu tertentu.

15 - Simpan putung rokok yang sudah dihisap. Kira berapa batang rokok anda merokok hari ini. Cuba kurangkan berperingkat-peringkat.

16 - Lewat-lewatkan keinginan merokok. Ambil nafas dalam-dalam dan cuba alihkan fikiran kepada masalah atau mendengar muzik.


17 - Dapatkan tidur yang cukup. Ini membantu menghilangkan stress

18 - Teh , kopi dan alkohol harus dielakkan , terutama pada peringkat awal berhenti merokok . Nikotin menyebabkan anda akan mengambil kafein dua kali lebih banyak


19 - Banyakkan bersenam dan bersukan. Ia boleh mengurangkan keinginan untuk kembali merokok.

20 - Banyakkan minum air kosong


21 - Bersihkan rumah. Cuci pakaian, karpet, langsir, dan benda lain agar terhindar dari bau asap rokok. Boleh semburkan penyegar udara.

22 - Jangan diet saat berhenti merokok. Fokus makan lebih banyak buah, sayuran, dan produk susu rendah lemak. 

Jika anda tidak dapat mengikuti walaupun  satu tips diatas, ketahuilah sebenarnya anda tidak mahu berhenti merokok!

Sekiranya anda ingin mencuba produk Shaklee, saya sangat menyarankan anda mengambil Vivix Shaklee. Vivix Shaklee merupakan satu revolusi terbaru dalam membaiki sel dari peringkat DNA.

Kesan pahit akan terasa jika anda merokok selepas mengamalkan minuman vivix ini. Anda boleh membaca testimoni dari pengguna yang sudah berjaya berhenti merokok dengan vivix ->> disini. Kita hanya berusaha, Allah jua yang maha berkuasa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Merokok Boleh Merosakkan DNA Anda!

Rasanya semua tahu merokok adalah merbahaya.  Bukan setakat perokok malah orang disekeliling juga merasa tempiasnya. Jom kita lihat apakah bahan kimia yang ada dalam sebatang rokok;


* Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.

* Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.

* Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.

* Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

* Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.

* Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.

* Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

* Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.

* Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.

* Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.

* Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

* Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta

Tak takut? Meh kita tengok pula apa kesannya pada perokok. Kesan merokok boleh dilihat dari kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.

Kesan jangka pendek

* Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

* Mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok

* Mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan menyebabkan gangguan pada pendengaran dan penglihatan.

* Mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.

* Boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas 

* Mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.

* Nafas berbau

Kesan jangka panjang

* Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh  mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh

* Boleh menyebabkan kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru.

* Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis.

* Menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki

*Menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat

* Selaput bawah mata dan katarak mata. Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak

* Risiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok

* Mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok.

* Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.

*Bahan kimia beracun dalam asap dapat merosakkan DNA pada folikel rambut dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel.

* Nikotin menyebabkan vasokonstriksi, penyempitan pembuluh darah yang dapat menghalang aliran darah kaya oksigen ke pembuluh darah di muka atau bahagian lain dari tubuh. Ini menyebabkan luka akan memakan masa lebih lama untuk sembuh dan parut luka yang lebih besar dan lebih merah

* Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna.

Tahukah Anda?

Merokok boleh menghilangkan Vitamin C dalam badan yang penting untuk antibodi serta melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit


Kesan Asap Rokok Terhadap wanita / wanita mengandung :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Kanak-kanak :

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Jika anda merokok, anda sudah tahu anda patut berhenti setelah membaca apa yang saya tulis. Dan anda sudah pasti berhenti dari semalam jika kesan buruk merokok itu jelas kelihatan. Betul tak? Anda boleh baca tips dan trik untuk berhenti merokok -->> di sini.

Syaa ingin berkongsi satu testimoni dari pengguna Vivix Shaklee, En. Mohd yang merupakan perokok tegar. Hanya dengan satu sudu kecil vivix yang diberi oleh isterinya, dia sudah dapat merasa kelainan merokok.



" Beberapa hari lepas wife tetiba bagi sesudu vivix. Rasa macam ribena yang amat pekat. Dia kata elok untuk jantung... Tanpa usul periksa saya pun makan la. Keesokan harinya saya mula hilang satu 'nikmat' hidup bila sedut sebatang rokok. Puiii pahit gilerrr. Rasa macam hisap rokok masa demam (perokok tegar tau ni). Saya continue hisap rokok beberapa hari tanpa berjaya menghabiskan rokok sampai ke puntung.

Saya tanya dia apa benda ni. Dia kata vivix ni memperbaiki DNA manusia terutama sekali bahagian jantung dan organ-organ yang berkaitan. DNA kita akan balik ke asal macam mana yang dikurniakan kepada kita dan sepatutnya dipelihara. So organ dalaman yang selama ini dah terbiasa dengan nikotin dan segala macam racun membunuh tu akan jadi sempurna balik. Hah whatever la sayang...

Selang beberapa hari saya sendiri amik sesudu lagi vivix ni. Saja nak tengok macam mana hasilnya. Alah bukan tak pernah ambil niquitin dan macam2 tin yang ada kat pasaran. Benda2 tu mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin tapi fikiran tak boleh nak lupakan nikmatnya merokok. Kalau menjadi pun lambat hasilnya. Makan minggu atau bulan jugak. So esok paginya bila hisap sebatang terus rasa macam nak muntah. Uish biar betul ni. Sejam kemudian cuba lagi dan perghhh. Berhenti kereta tengah jalan sebab rasa terlalu tepu. Macam rasa merokok melebihi 20 batang sehari padahal baru sebatang dua jer hisap." - Encik Mohd

Anda ingin mencuba Vivix Shaklee? Jangan segan silu untuk menghubungi saya . InsyaAllah niat yang baik akan dibantu Allah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Cara Semulajadi Mantapkan Perisai Tubuh

Sistem kekebalan atau imuniti adalah suatu sistem pertahanan yang digunakan untuk melindungi tubuh dari jangkitan penyakit atau kuman. Penyakit atau kuman ini berupa protein asing yang berbeza dari protein tubuh kita, dan sering disebut antigen. Kerana dianggap sesuatu yang asing, maka antigen ini harus disingkirkan, dineutralkan, atau dihancurkan. Yang bertugas melakukan ini salah satunya adalah sistem pertahanan badan yang dikenali dengan antibodi.

Namun mengekalkan sistem imun yang sihat pada zaman sekarang sangat mencabar. Tidak cukup tidur, kurang bersenam, makan makanan yang diproses dan mengalami tekanan hidup merupakan antara faktor-faktor yang melemahkan sistem pertahanan yang mana impaknya membuatkan kita terdedah kepada masalah kesihatan.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan yang tekanan hidup dari segi mental dan fizikal boleh melemahkan sistem imun. Cuba renungkan beberapa fakta berikut:

- Menjelang tahun 2017 peluang anda untuk mendapat kanser dijangka melebihi 50%.

- Kematian disebabkan penyakit berjangkit bertambah dua kali ganda dalam masa sedekad lagi.

- Kematian disebabkan penyakit berjangkit antara usia 25 dan 44 tahun meningkat enam kali ganda.

- Sejuta orang mati setiap tahun kerana keracunan makanan.

- 50,000 tan antibiotik digunakan setiap tahun di seluruh dunia ke atas manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.

- Satu dalam nisbah tiga orang menghidap alergi.

- Kita mengalami, secara purata, tiga kali selesema dalam setahun.


Berapa kalikah anda mengalami selsema atau demam dalam setahun? Mungkin kita tak perasan, tetapi setiap kali cuaca berubah, kita akan salahkan cuaca kerana terkena selsema. Terutamanya kanak-kanak yang mempunyai antibodi yang masih lemah sering mengalami selsema dan demam. Kekerapan selsema pada kanak-kanak boleh melemahkan tumpuan belajar.

Apakah yang tubuh anda perlukan untuk kekal KEBAL?



NutriFeron
- menguatkan sistem imun dengan menggalak penghasilan interferon semulajadi dalam badan.

Zink -Mempertingkatkan sistem imun dengan membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus penting untuk pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Juga membantu mempercepatkan pemulihan luka.

Vitamin C - Merupakan agen antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi badan.

Garlic - Merupakan antibiotik semulajadi. Juga membantu tubuh menyahtoksin toksin dan bahan kimia yang dapat mengancam sistem imun tubuh

Sikap gemar bergantung kepada ubat apabila diserang penyakit seharusnya sudah lama ditinggalkan. Ini kerana sebagaimana yang kita ketahui, mencegah lebih baik daripada merawat.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Batuk Semasa Mengandung - Testimoni Pengguna

Pernah mengalami batuk semasa mengandung? Semasa hamil, sistem pertahanan badan atau sistem imun akan berubah di mana tujuan utamanya kini ialah untuk melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, wanita mengandung akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk, selesema dan demam.

Saya juga pernah mengalaminya. Saya pernah mengalami batuk yang teruk dan berpanjangan semasa mengandungkan anak pertama saya Farihah. Ketika itu sudah pun masuk 8 bulan lebih. Setiap kali batuk mesti akan terkencing. Dan yang paling tak tahan, setiap kali batuk mesti rasa macam nak terberanak. bila ditahan pula sakit didada dan dibawah perut. Sehinggakan nurse minta sample kahak saya untuk ujian lebih lanjut.

Kita tidak dapat melindungi diri daripada setiap virus selesema dan flu ketika hamil, tetapi kita boleh meningkatkan sistem imun badan dengan memaakan makanan yang sihat dan seimbang yang merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan daripada bijian penuh. Makanan yang pelbagai daripada kumpulan makanan ini akan memberikan mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu  melawan jangkitan.

Cuba elakkan mengambil ubat batuk atau selsema kerana banyak ubat yang biasanya selamat dimakan tidak sesuai diambil semasa hamil. Jika terpaksa ambil dalam kuantiti sedikit dan jangan terlalu kerap. Paracetamol juga boleh diambil untuk meredakan demam dan melegakan sakit-sakit badan. Sebolehnya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengambilnya.

Saya ingin berkongsi testimoni salah seorang pengguna set kehamilan shaklee yang baru mencuba pada bulan januari 2014 lepas. Puan Siti mengadu batuk yang teruk di awal kehamilan. Setelah dicadangkan set asas mengandung shaklee, Puan Siti sangat berpuas hati dengan hasilnya.



"Alhamdulillah arni sejak akak makan vitamin shaklee ni batuk dah kurang.. lega rasanya." - Puan Siti

Seronok bila melihat pengguna berpuas hati. Vitamin Shaklee hanyalah satu usaha tetapi Allah jua yang  membaikkannya. Okay, antara vitamin yang diamalkan oleh Puan Siti adalah Multivitamin Vita-Lea, Vitamin C, B Complex dan OsteMatrix.

Jika anda mengalami batuk semasa hamil, dan ingin mencuba set hamil shaklee, jangan segan silu untuk menghubungi saya. InsyaAllah saya akan bagi harga terbaik untuk anda.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Masalah Kencing Manis & Hb Rendah Semasa Hamil - Testimoni Pengguna

Masalah kencing manis dan hb rendah adalah antara masalah yang sering terjadi pada wanita hamil. Masalah ini boleh menjadi semakin serius jika tidak dikawal dan boleh mengganggu tumbesaran bayi juga risiko kepada ibu.

Inilah antara dilema Puan Midah semasa mengandungkan anak sulungnya terutamanya masalah kencing manis. Bacaan glukosa dalam darah ketika itu walaupun selepas berpuasa pada malam hari adalah 6.8 mmol/L. Julat normal untuk bacaan glukosa dalam keadaan berpuasa sepatutnya di antara 3.5 ~ 5.6 mmol / L. Bagi Pn Midah, semasa anak pertama bacaan awal pagi pun sudah tersasar jauh daripada julat normal.

Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L) dianggap normal (tiada masalah kencing manis) jika bacaannya seperti dibawah;

1 - Puasa  < 6.0
2 - 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
3 - 2 jam selepas mengambil glukosa  < 7.0

Untuk anak ke-2, Puan Midah nekad untuk mengambil suplement shaklee iaitu set asas mengandung yang terdiri daripada 4 vitamin asas iaitu multivitamin Vita-Lea, Vitamin C, B Complex dan OteMatrix (Kalsium). Ikuti pengalaman Puan Midah yang sangat teruja dengan kesan pengambilan vitamin shaklee.



" best sgt.. mmg lain la dengan mse bby first ..dulu selalu problem bacaan seb pagi even dah puasa kul 10mlm sblmnye..tp skrg sy amik ostematrix tu sblum tido bacaan esoknye cantik je..

dulu pernah kne ulang yg bacaan seb pagi sbb terlalu tinggi..

suka la sbb hb pun ok sgt..so far x pnah krg drp 12. kalu nak buat bsp seb mlmnye kul 10 dah kne puase..esoknya amik darah 8pg, 12tgh, 4ptg, 8mlm..kalau dulu sy selalu fail yg pgi, mesti dpt bacaan 6.8 ke atas..sepatutnya x bole sbb kira kita blum mkn tp gula dah tinggi.. tp skrg ok dah..dah dua kali bsp dpt bacaan 4.4 utk pgi.." Pn Midah

Secara ringkasnya;

Semasa anak pertama - Bacaan glukosa dalam darah walaupun selepas berpuasa pada malam hari adalah 6.8 mmol/L dan dikategorikan tinggi (Normal <6.0)

Kandungan kedua - sudah 2 kali bacaan BSP untuk kandungan glukosa selepas berpuasa adalah 4.4 mmol/L.

Bacaan HB kali ini tinggi pada kadar 12g/dl. Normal adalah 11 ke atas.

Saya sangat memahami perasaan gembira Pn Midah kerana beliau tidak perlu sering berulang alik ke klinik kerajaan sekerap kandungan anak pertama. Jom kita lihat apakah yang ada disebalik set hamil shaklee yang diamalkan oleh puan Midah.

Mutivitamin Vitalea
- mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan

B-complex - Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga

Vitamin C - memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

Ostematrix - membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin

ESP - sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.

Semuanya dengan izin Allah jua. Tetapi usaha itu perlu. Semoga Puan Midah dapat mengekalkannya sehingga bersalin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Perlukah Gula Dan Garam Dalam Makanan Bayi Anda?

Hari ini saya mula buatkan Fikri bubur. Untuk kali pertama ni saya hanya masukkan ubi kentang sebagai perasa. Untuk membiasakan Fikri pada bubur, saya telah suapkan sedikit air kanji nasi dua tiga hari sebelum mulakan bubur.

Sambil-sambil memasak bubur, sambil berfacebook terjumpa satu artikel menarik dari Pa&Ma yang dishare di facebook. Saya kongsikan disini artikel berkenaan makanan bayi, perlukah garam dan gula?

*********************************************************************


Kadang kala ketika menyediakan makanan untuk bayi, kita terfikir untuk menambah sedikit bahan perasa seperti garam dan gula. Kita membayangkan betapa tidak enaknya hidangan makanan tanpa dua bahan perasa utama tersebut.

Hakikatnya kita terlupa bahawa si kecil yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal tidak tahu tentang rasa makanan. Mereka belum mengenal apa-apa rasa kecuali susu ibu. Mereka hanya mengenal rasa semulajadi makanan awal yang diperkenalkan.

Oleh itu tanpa memperkenalkan rasa gula dan garam, ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan rasa mereka. Bahkan sekiranya anda memperkenalkan bahan perasa tersebut terlalu awal kepada bayi, ia hanya akan menyebabkan beberapa risiko sahaja kepada mereka seperti:

* Bayi akan lebih menyukai makanan yang berperisa manis dan masin dan mula menolak makanan lain termasuk sayur-sayuran yang rasanya lebih tawar.

* Pengambilan gula terlalu awal hanya akan menyebabkan kerosakan gigi bayi saat ia mula tumbuh dan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah.

* Pengambilan garam terlalu awal boleh menyebabkan buah pinggang bekerja lebih kuat dan berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi di masa akan datang.

* Sebaiknya elakkan menambah garam dan gula dalam makanan yang diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah. Selepas usia setahun, anda boleh mula menambahkan bahan perasa tersebut namun dalam kuantiti yang sangat sedikit (jika mahu). .

* Untuk pengetahuan, bijirin bayi mempunyai kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi. Oleh itu ibu amat digalakkan untuk memasak sendiri makanan untuk bayi. Tetapi sekiranya terpaksa memberi bijirin bayi pastikan anda membaca label kandungan makanan tersebut.

Sumber : Majalah Pa & Ma 
*************************************************************************

Semasa anak pertama dahulu, saya lebihkan bijirin pasaran berbanding bubur sendiri. Kesannya anak saya tidak mahu makan bubur yang dimasak tanpa memasukkan gula dan garam. Kecil-kecil dah pandai memilih. Pengalaman anak pertama, membuatkan saya lebih berhati-hati untuk anak seterusnya.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Risiko Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Tekanan darah tinggi semasa hamil menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.


Jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

Hypertension kronik
Ia juga dikenali sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) sebelum mengandung, pada peringkat awal kehamilan (sebelum minggu ke-20) ataupun tekanan darah tinggi berterusan selepas kelahiran bayi.

Hypertension gestasi
Ia juga dikenali sebagai gestational hypertension. Tekanan darah tinggi ( melebihi 140/90) terjadi selepas kehamilan minggu ke-20, tetapi tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi

Preeclampsia
Kedua-dua hypertension kronik dan hypertension gestasi boleh menyebab preeclampsia keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke-20. Ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat.

Gejala-gejala bukan sahaja termasuk tekanan darah tinggi (melebihi 140/90), ia juga memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain di dalam badan menyebabkan pengeluaran protein dalam air kencing.

Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera dimana ibu mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan akan membawa kematian ibu dan bayi semasa hamil. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekirannya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Bagaiman tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) boleh menjejaskan bayi anda?

Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati pre-eclampsia mungkin terjadi disebabkan pembentukkan uri yang tidak normal yang boleh berlaku seawal minggu ke 18-20 kehamilan. Salur darah yang terdapat dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Terdapat juga darah beku menyebabkan salur darah tersumbat di dalam uri.

Tekanan darah tinggi akan menjejaskan perkembangan bayi dan bayi dilahirkan lebih kecil dari biasa. Walaubagaimanapun, sesetengah PIH akan hilang selepas kelahiran. Tekanan darah boleh kekal pada tahap yang tinggi sehingga 6 minggu selepas kelahiran

Siapakah yang berisiko untuk tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

- Ibu kali pertama, ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH
- Kandungan kembar
-Ibu berumur kurang daripada umur 20 atau lebih tua daripada umur 40.
-Ibu yang mempunyai hypertension kroni
- Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
- Ibu yang terlalu kurus ataupun rendah
- Kandungan molar

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?

Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.

Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.

Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:

* Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
* Kerapkan pemeriksaan pranatal
* Kurangkan memakan garam
* Minum 8 gelas air sehari.
* Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat.

Dapatkan Set Kehamilan Shaklee disini.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Tips Untuk Bakal Ibu Dan Ibu Hamil Yang Perlu Diketahui

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:

* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.

Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih 8 hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil

Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, kafein, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Jika anda ingin mencuba vitamin shaklee, set asas kehamilan sangat sesuai untuk bakal ibu atau ibu hamil yang terdiri daripada;

Vita-Lea Iron Formula - Multivitamin & Multimineral yang lengkap dengan zat besi dan asid folik.

Vitamin C - Penting untuk antibodi ibu dan untuk penyerapan zat besi.

B Complex - Lengkap dengan kesemua vitamin b termasuk asid folik yang sangat penting untuk bakal ibu dan ibu hamil.

OsteMatrix - sumber kalsium untuk tulang dan gigi.

Bonus kepada ibu hamil yang mengambil set mengandung ini:

--》Set ini juga membantu mengekalkan paras normal hb darah dan menaikkan paras hb jika rendah.
--》set ini juga membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya kepada ibu yang bermasalah kencing manis ketika hamil.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Adakah Anda Mempunyai Masalah Kencing Manis Semasa Hamil?

Sebelum in saya ada berkongsi tentang masalah hemoglobin (hb) rendah dikalangan wanita yang mengandung. Banyak pula pertanyaan yang saya terima daripada pembaca tentang masalah kencing manis dikalangan ibu mengandung. Memang tidak dinafikan kencing manis juga antara masalah yang sering terjadi pada wanita-wanita hamil.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil. GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara.

Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?

Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?

* Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.
* Gula dalam darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.
* Sakit kuning (jaundice)
* Bayi sukar bernafas
* Kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
* Kemungkinan bayi cacat.
* Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?

* mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
* mempunyai penyakit darah tinggi.
* lebih berusia 35 atau lebih tua.
* mempunyai berat badan berlebihan.
* pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
* pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
* tidak aktif secara fizikal.
* mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu.

Bagaimana GDM boleh dikesan?

GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam. Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)

1 - Puasa  < 6.0
2 - 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
3 - 2 jam selepas mengambil glukosa  < 7.0

Bagaimana GDM dirawat?

* Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
* Kurangan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
* Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
* Ubatan dan Suntikan insulin
* Selalu bersenam

Sumber : Bayiibu.com
*************************************************************************

Jika anda mengamalkan vitamin shaklee semasa mengandung, InsyaAllah Set Asas Ibu Hamil Shaklee juga membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Jom kita tengok bagaimana set asas hamil membantu mengawal kencing manis.

Vitalea - mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan

B-complex - Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga

Vitamin C - memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

Ostematrix - membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin

ESP - sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Serangan Gout Semakin Berkurang Dengan Set Gout Shaklee*

TESTIMONI 1

Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…
So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!)..
Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE… die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..

Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!! - Puan Aula

TESTIMONI 2


"As Salam. Suami ada penyakit Gout. Dan sejak 3 bulan yg lalu saya bagi dia mkn alfalfa dan sejak itu dia jarang kena serangan gout. Hari ni dia kena dan jumpa doktor. Saya tanya ada x pemakanan yg blh sesuai selain dari ubat doktor. Doktor tu trus ckp Alfalfa, tp dia pun x tau sgt pasal alfalfa ni." - Pn Hanifah

TESTIMONI 3


“Saya ingin berkongsi khasiat….ALFALFA,OMEGA dan ZINC untuk en.suami tercinta bebas dr penyakit gout……

Alhamdulillah, pjm celik pjm celik dah lbh 7 bln suami saya menjd pengguna tegar ke 3-3 vitamin ini.. Jika dulu blh d katakan setiap 2 bln pasti dpt cuti dsbbkan kaki x blh brjln krn serangan gout yg teruk dan kdg2 muka, mulut dan bdn bengkak kerana alergi serta bdn yg lesu… kini slps hampir 7 bln menggunakan ALFALFA, OMEGA dan ZINC tiada lg gout ,tiada lg bengkak2 dan kembali cergas…” - Pn Siti

TESTIMONI 4


"Alhamdulillah 3 bulan lepas ada customer Mai beli set Gout buat suami dia..Alhamdulillah berkesan utk suami nya.. dan sekarang si isteri dah jatuh cinta dgn produk shaklee terus join ahli dan aktif menyebarkan kebaikan produk shaklee dgn org2 sekeliling.." -Pn Mai

Ingin mencuba Set Gout Shaklee ? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga terendah dipasaran.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Masalah Hb Rendah Semasa Hamil Boleh Membawa Maut!

Tidak dinafikan, ramai ibu mengandung yang memandang rendah kepentingan pengambilan suplemen Iron ketika hamil kerana takut bayi besar. Wanita mengandung biasanya kurang mampu untuk mendapatkan sumber zat besi yang mencukupi dari diet harian - samaada kerana loya/ kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh.

Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi. Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia iaitu kekurangan zat besi. Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah),genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan ibu mengalami tumpah darah yang meningkatnya risiko kematian ibu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan.

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami:

* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
Sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum mengambil makanan dibawah.. 

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Jika anda ingin mencuba ataupun memilih suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan anda sepanjang kehamilan, kami mencadangkan Set HB rendah bagi anda yang mengalami masalah Hb rendah. Namun, untuk set vitamin bagi ibu mengandung yang lebih lengkap, kami mencadangkan pengambilan set lengkap kehamilan.

Set Mengandung ini bukan sahaja dapat membantu menaikkan paras Hb malah juga membantu mengawal paras gula dalam darah ibu hamil.

Apa kata salah seorang pengguna Set HB Rendah, Puan Fiza, yang mengalami masalah Hb rendah ketika mengandung.


 "Masa mengandungkan anak kedua bacaan hb saya asalnya kat border 11.0 bila kandungan makin membesar hb saya drop ke 10.0 malah pernah mencecah bacaan 9...masa tu saya google dan terjumpa pasal set hb low vitalea + b comp + vit c...alhamdulillah sejak ambik secara konsisten sampai saat melahirkan bacaan hb saya terus naik dari bacaan 9 ke 13" - Pn Fiza

Alhamdulillah. Suplemen ini sekadar usaha. Yang lebih utama ialah ibu-ibu yang sedang hamil perlulah sentiasa pastikan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada di paras optimum!

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Ketahui Cara Untuk Mengoptimumkan Kesan Vitamin dan Mineral

Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamin dan multimineral? Di sini ada jawapannya.


Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.

Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.

Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.

Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsium untuk meningkatkan kekuatan tulang.

Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.

Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.

Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .

Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.

Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.

Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.

Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Cara Makan Suplemen & Vitamin Serta Pantang Larang

Bagi setiap pelanggan saya, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.



BASIC RULES : DO

1) Vitamin Larut Air (B Complex & Vitamin C)
Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elak kan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

2) Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudah kan penyerapan.

3) OsteMatrix (Calcium)
Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium dan vitamin D kerana ia membantu calcium lebih mudah untuk di serap.

4) Iron
Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.

6) Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

7) Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan kecuali zink diambil sebelum makan kerana semasa perut kosong, perut kita mempunyai asid yang boleh melarutkan zinc dengan cepat.

8) Vitamin C sustained released bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.

9) Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama2 untuk penyerapan optimum.

12) Vitamin C terbaik diambil selepas makan pagi (asid askorbik dikhuaitiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.

BASIC RULES : DON'T!

1) Alfalfa + Vitamin E
Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

2) Kalsium + Iron
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elak kan pengambilan bersama OsteMatrix.

3) Alfalfa + GLA Complex
GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.

4) Vitamins + Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurang kan keberkesananpenyerapan vitamin.

5) Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana mempunyai iron.

EXTRA TIPS :

> Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet / merendah kan colestrol, ambil 2x after breakfast, 2x after lunch, 2x after dinner beserta dengan 2 biji alfalfa.
> Alfalfa Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

SELEPAS SARAPAN
Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :

Vitalea
B Compleks
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :

Lecithin
Omega
Vitamin E


GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)

SELEPAS MAKAN MALAM

Lecithin
Alfalfa


SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Anda Teringin Menjadi WAHM?

Baru-baru ini, saya sempat menghadiri kelas motivasi shaklee yang dianjurkan oleh Genkimomma Group. Pengisian seminar oleh Master Yati Napi yang menceritakan kisah suka-duka beliau menjalankan bisnes shaklee sehingga ke tangga teratas shaklee sangat memberi inspirasi kepada saya.

Apa yang menariknya kelas ni, walaupun saya mempunyai 4 orang pengacau anak yang masih kecil, namun saya masih mampu mengikuti kelas motivasi tersebut dari awal sehingga tamat tanpa gangguan anak-anak. Jika sebelum ini, saya pernah juga menghadiri kelas shaklee dengan membawa keempat-empat anak saya. Hasilnya, tak sampai 2 jam kami semua dah balik! Rugi je bayar.

Tapi dengan adanya kelas online, saya dapat menumpukan sepenuh perhatian mendengar sambil berbaring menyusukan Fikri di sebelah kiri, sambil tangan kanan pula menidurkan Muqri dikanan saya. Cuma sumbat sahaja mic kat telinga. Dan kosnya pun 'zero' sahaja. Memang tiada alasan untuk orang seperti saya untuk menambah ilmu kerana semuanya boleh dilakukan secara online.

Memang saya sangat beruntung ditemukan dengan group yang penuh dengan motivasi dan bimbingan yang lengkap disediakan daripada group di facebook, group di WhatsApp sehinggalah kelas dan sudah semestinya secara online. Malah, kelas tertutup untuk Genkimomma Group juga sentiasa diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan "newbie" dan juga "orang lama" dapat berkenal-kenalan serta mendalami ilmu dengan lebih jelas.

"Be positive and nothing is impossible with faith to Allah"

Ramai yang mengidam nak jadi WAHM kan. Cam saya sekarang sambil duduk bersandar menulis post ini, sambil mendengar dan melihat telatah anak-anak bermain, bergaduh. Sesekali si kakak Farihah nengajukan soalan pada saya. Semuanya berlaku diatas katil! Seronokkan.

Jika anda juga teringin bekerja macam saya, anda boleh menghubungi saya. InsyaAllah, saya akan tunjukkan caranya. Apa yang penting, saya perlukan kesungguhan anda dan keberanian anda untuk berubah.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Set Sendi & Tulang

Sakit sendi dan tulang biasanya terjadi pada orang yang telah berumur terutamanya wanita kerana wanita banyak kehilangan kalsium semasa mengandung dan menyusukan anak. Keadaan ini bertambah serius jika kehilangan kalsium ini tidak diganti dengan secukupnya.

Jangan biarkan sakit sendi terutamanya pada lutut mengganggu pergerakan anda atau orang tersayang. Dapatkan Set Sendi & Tulang Shaklee yang telah terbukti berkesan mengatasi masalah kesakitan sendi dan tulang. Set ini terdiri daripada;

Mengekalkan tulang rawan yang sihat

1- ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
- Menyokong keselesaan sendi
- Memelihara tisu penyambung yang sihat
- Meningkatkan kesan kusyen

Mengurangkan inflamasi

 2- OMEGAGUARD
- Merupakan minyak ikan yang membekalkan DHA & EPA
- Melambatkan degradasi tulang rawan.
- Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..
- Bertindak sebagai pelincir dan membantu untuk bergerak dengan lebih bebas.

Mengekalkan sel tulang yang sihat


3 - OSTEMATRIX
- Sumber kalsium-magnesium, vitamin D 
- Penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen
- Vitamin D membantu penyerapan kalsiun
- Membantu pembentukan tulang dan gigi
- Mengurangkan kekejangan pada kaki
- Mengurangkan sakit pinggang

Set ini adalah premium set yang lengkap untuk kesihatan wanita. Jika anda mempunyai kekangan budget, anda tidak perlu mengambil kesemua vitamin diatas. Kami juga menyediakan set budget untuk anda. Pastikan anda menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.  

Nota : 
1- Penghidap SLE tidak boleh mengambil Alfalfa Complex, Vita-Lea, Zinc Complex, Herb-lax 
2- Penghidap Thalassemia tidak boleh mengambil Vita-Lea 
3- Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix  
4- Pesakit yang mengambil Warfarin (ubat cair darah) disarankan tidak mengambil sebarang suplemen 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Kisah Mak Saya - Seorang Pesakit Asma Dan Resdung

Ramai yang tidak percaya bila saya cakap suplement vitamin yang semulajadi boleh mengawal atau mengurangkan penyakit seperti asma, kencing manis, resdung dan sebagainya. Kalau dah boleh mengawal penyakit, kenapa ada ubat lagi dipasaran? Ya, memang banyak ubat dipasaran tetapi ubat-ubat ini bukanlah untuk menyembuh atau membaik pulih penyakit. Kebanyakan ubat-ubatan ini lebih kepada melambatkan penyakit merebak atau mengurangkan rasa sakit sahaja.

Badan kita ni ibarat mesin yang sangat kompleks. Dan semua part-part dalam mesin memerlukan penyelenggaraan untuk sentiasa berfungsi dengan baik. Asas kepada part ni adalah sel. Sihat sel maka sihatlah keseluruhan badan. Oleh itu penting untuk kita bekalkan zat-zat yang merupakan makanan kepada sel. Bila semua mineral dan zat yang diperlukan disediakan, badan kita mampu membaik pulih dengan sendirinya.

Saya nak berkongsi satu cerita tentang mak saya. Mak saya merupakan pesakit asma sejak melahirkan kakak saya yang kini dah pun berusia 41 tahun. 40 tahun dahulu, inhaler pun tak tercipta lagi. Masa tu mak saya hanya bergantung pada ubat yang dibeli di farmasi. Saya terlupa nama ubat tu. Walaupun ramai yang cakap kalau makan ubat tu boleh menyebabkan gila, tapi mak saya tiada pilihan. Teringat masa kecil-kecil dulu mak selalu dikejarkan ke hospital bila kene attack.


Bayangkan daripada anak ke-2 sampai anak ke-7 mak saya menderita asma terutamanya ketika mengandung. Sesiapa yang ada asma akan tahu macam mana ketika mengandung. Yang tak ada asma pun boleh semput inikan pula yang ada asma. Tambahan masa tu mesin basuh pun  mak saya tak ada. Basuh baju pakai tangan je kat tepi sungai sebelum bekalan air paip masuk ke rumah. Sangat sedih bila dengar cerita mak saya.

Asma mak makin teruk semasa mengandungkan adik bongsu saya sehingga mak terpaksa berhenti mengandung lagi. Masa tu umur mak baru 33 tahun. Alhamdulillah, masa tu dah ada inhaler. Takde la kejap-kejap berkejar ke hospital kalau kene attack. Mak hanya makan ubat hospital sahaja masa tu untuk mengurangkan serangan asma kerana ubat yang dulu sudah tak berkesan lagi pada mak.

Mak juga ada resdung. Terdengar-dengar ditelinga saya pagi-pagi mak akan bersin dan lelah setiap kali bangun pagi nak ke sekolah. Mak mengambil masa 1 jam ke 2 jam untuk kembali ok untuk solat subuh tiap-tiap pagi. Kalau mak tersilap makan, pasti  bersin dan disusuli pula dengan demam. Puasa ramadan pun mak tak dapat tunaikan kerana setiap hari mak bergantung pada inhaler. Kalau dapatpun hanya sehari dua sahaja sepanjang sebulan dan bila berbuka pasti inhaler dulu yang mak sedut.

Mak saya start mengambil suplement 5 tahun lepas. Antara vitamin yang mak makan adalah B Complex, Vitamin C, mutivitamin, Kalsium dan minyak ikan. Kata mak, memang terasa perbezaannya bila dah amalkan vitamin-vitamin tu. Badan terasa makin segar dan bertenaga. Sedar tak sedar mak dah pun dapat berpuasa penuh 30 hari. Kalau sangkut pun hanya sehari dua sahaja. Satu perubahan yang sangat besar bagi saya. Bersin pagi-pagi juga dah kurang kedengaran. Kalau mak tersilap makan pula, termakan banyak baru lah bersin dan demam.
 
Sehingga kini mak masih lagi amalkan vitamin. Antara vitamin tu terdiri daripada set ASAHE iaitu vitamin c, b complex, alfalfa dan set sendi yang terdiri daripada omegaguard, ostematrix dan esp. Selain mengamalkan vitamin, mak saya sangat menjaga diet harian. Sangat jarang mak makan diluar. Dan lauk sayur pasti menjadi kewajipan mak. Kalau berlaukkan sayur saja pun mak tak kisah. Alhamdulillah mak tak ada masalah kencing manis mahupun darah tinggi yg sememangnya menjadi penyakit popular dikalangan orang yang berumur.

Semoga Allah terus melindungi mak dan memberi kesihatan yang baik kepada mak. Amin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Kencing Manis Semasa Hamil - Bayi Cenderung Obesiti Di Kemudian Hari

Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan pulih dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

* keletihan;
* dahaga yang terlampau;
* membuang air kecil dengan banyak;
* penglihatan kabur.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

* Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
* dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
* anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
* keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis ;

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Kurangkan makanan dan minuman bergula dan pilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Jika diabetis tidak berjaya dikawal dengan diet dan senaman, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin.

Tahap gula dalam darah perlu sentiasa diukur untuk mengetahui sama ada perubahan yang dilakukan memberi kesan atau tidak. Doktor akan melakukan scan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi dan jumlah air ketuban.

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.

Kebanyakan kes diabetis gestasi pulih dengan sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah dirawat dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula. Hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Sumber : babycenter

***********************************
Set Mengandung Shaklee atau Set HB Rendah Shaklee juga boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Antara vitamin yang disarankan adalah ;

VITA-LEA
- Mengandungi 30 nutrisi harian, 12 vitamin n 7 mineral penting
- Dilengkapi dengan chromium
- Chromium membantu mengekalkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pengunaan insulin oleh badan

VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE
- Membantu menurunkan paras gula yang terkumpul dalam sel
- Menurunkan kadar komplikasi akibat daripada pengumpulan gula dalam darah
- Membantu merendahkan tekanan darah pada pesakit diabetes
- Membantu mengurangkan ketegangan arteri pada pesakit diabetes
- Sebagai antioksidan yang bagus untuk kulit
- Meningkatkan antibodi badan.

B-COMPLEX
- Mengandungi nutrien penting yang diperlukan pesakit diabetes iaitu vitamin B1,B6,B12, Biotin, Niacinamide
- Membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak akibat paras gula yang tinggi.
- Menukarkan glukosa kepada tenaga
- Dilengkapi dengan Asid Folik untuk tumbesaran sel.
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...