10 Tips Pemakanan Selepas Pembedahan

Selepas pembedahan, penting untuk meningkatkan immuniti untuk mencegah daripada tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil. Dibawah adalah 10 tips yang disyorkan iaitu;

1. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari.

2. Kurangkan pendedahan kepada toksin. Jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar, iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan seperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll. Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sedikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

6. Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - Jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate.

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins (Vitalea), vitamin C 1000mg, vitamin E 400 IU. Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Rujukan: Dr, Hamid Arshat

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Fibroid hadir tanpa gejala

Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mendapatkan rawatan doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan. 

Apa itu Fibroid?

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung yang terbentuk pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia BUKAN SEJENIS KANSER. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, dan akan kembali mengecut apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus.


Bagaimana wanita boleh menghidapinya? 

Punca sebenar bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Walaubagaimanapun, ketumbuhan fibroid ini berhubung kait dengan ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Kehadiran hormon estrogen dan kekurangan progesteron mempengaruhi pembesaran fibroid. Antara sebab yang mungkin menyebabkan ketidakseimbangan hormon adalah;

- Gangguan emosi, mental dan kerohanian
- Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Simptom atau gejala fibroid

Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20% - 30% sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid. Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah;

- Sakit semasa haid (senggugut)
- Pendarahan yang banyak @ terlalu sedikit dan berketul-ketul semasa haid
- haid tidak teratur
- Sakit semasa hubungan seks
- Kerap membuang air kecil dan juga air besar
- Pembesaran dalam rahim dan perut
- Keguguran dan infertiliti.
- Sakit belakang

Kesan daripada fibroid

Apabila ia membesar, fibroid akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.

Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing.

Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar. 

Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.

Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

1 - Melalui pembedahan. Terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan.
- Myomectomy - Ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor. Sesuai bagi mereka yang masih inginkan zuriat tetapi risiko pendarahan semasa pembedahan tinggi. 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun.
- Hysterectomy - Pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

2 - Suplemen yang dicadangkan boleh membantu menstabilkan hormon ialah GLA COMPLEX

Doktor akan menyarankan pengambilan EPO bagi menstabilkan hormon wanita kerana kandungan Gamma Linoleic Acid (GLA) didalamnya. GLA Complex yang diekstrak daripada minyak borage mengandungi GLA 2 kali ganda lebih banyak daripada EPO. GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon wanita dan mengawalatur kitaran haid.

Sumber : Utusan Malaysia & Dr Hamid Arshat

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Kenapa Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Berlaku?

Krisis Pemulihan atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang!

Google Image

Apakah Healing Crisis ini?

Healing crisis ialah satu proses dimana badan mengalami tempoh pembersihan dan pembaikpulihan. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan akan membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan selama ini. Semasa proses penyingkiran toksik, badan akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Kenapa krisis pemulihan berlaku setelah mengambil suplemen?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam pemakanan molekul, apabila kita menambah pengambilan nutrien kita, nutrien ini akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas ini sebenarnya menggalak dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, menghapuskan, penggantikan tisu lama dengan tisu baru dan lain-lain. Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila dimasukkan pencuci paip, pada mulanya banyak karat akan keluar dari dinding paip (toksik), dan yang lebih teruk lagi, lebih banyak lagi kotoran melimpah di sekitar paip. Tetapi selepas karat sudah dibersihkan, paip akan menjadi baik dan bersih semula.
 
Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan badan untuk proses memperbaiki dan membina semula.

Sisa kumuhan terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu ;

(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel / tisu badan.
(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin / krisi pemulihan.

Proses peyingkiran toksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:

(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah:

- Kelesuan, mengantuk - Badan berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan lebih rehat
- Sakit kepala - Tekanan darah tinggi, tanda detoksifikasi
- Demam / Seakan-akan selesema - Metabolisme meningkat, merangsang fungsi imun badan
- Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis yang gelap, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi bahan buangan dan sisa toksin di dalam usus
- Perut kembung- Sistem pencernaan yang lemah
Keluar ruam, kulit gatal, peluh yang tidak sihat, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan usus dan sistem penyingkiran yang lemah
- Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berhingus - Fungsi paru-paru yang lemah, pengeluaran kahak juga tanda detoksifikasi
- Pendarahan hidung - Mungkin tanda anemia
Otot dan sendi sakit - Badan berasid, toksin terkumpul di kawasan yang sakit
- Peningkatan sakit di bahagian badan yang sakit - Mempercepatkan proses penyembuhan
- Insomnia atau hiperaktif - Lemah sistem saraf
- Haid yang tidak teratur, perubahan dalam haid, kegatalan, rembesan lendir meningkat - Ketidakseimbangan hormon, dalam proses pemulihan hormon
- Pendarahan semasa membuang air besar - Mungkin buasir
- Pening, kelaparan - Hipoglisemia, anemia
- Loya, sembelit, tersedu - Sistem pencernaan yang lemah, masalah hati
- Bengkak - Masalah buah pinggang     

Adakah krisis pemulihan petanda yang baik?

Ya! Krisis pemulihan merupakan satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau suplemen yang anda ambil berkesan. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa penyakit mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses pemulihan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk menyediakan badan kepada proses pemulihan yang sebenar. Secara amnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa daya tubuh anda masih cukup kuat untuk bertindakbalas pada perubahan biologi semasa proses pemulihan. Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan, ia mungkin kerana sama ada orang itu tiada toksin di dalam badan dan dalam kesihatan yang optimum, atau daya badan  seseorang itu terlalu lemah dan tubuh tidak mampu untuk melalui sebarang proses pemulihan.

Adakah semua orang mengalami simptom yang sama semasa krisis pemulihan?

Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan selepas satu atau dua bulan mereka mengambil suplemen. Ada juga mengalaminya sebaik sahaja pengambilan suplemen. Tahap simptom juga berbeza. Lagi banyak toksin di dalam badan lagi teruk simpton krisis pemulihan.

Tempoh krisis pemulihan bergantung pada tahap kesihatan badan. Ia mungkin berlaku selama 2 ke 3 hari sahaja atau mungkin sampai sebulan.

Mengapa saya tidak mengalami sebarang perbezaan telah mengambil suplemen? 

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan suplemen, anda akan merasa beberapa perubahan seperti lebih bertenaga, pencernaan yang lebih baik, dan lain-lain. Jika anda tidak mengalami sebarang peningkatan, anda mungkin:

- Tidak mengambil suplemen secara konsisten
- Tidak mengikut dos yang disyorkan
- Takut pada krisis
pemulihan yang terlalu teruk sehingga berhenti mengambil suplemen
- Diet dan
gaya hidup yang tidak sihat
- Penyakit kronik yang memerlukan masa yang lama untuk pulih
- Keadaan yang kronik


PERINGATAN:

Sekiranya anda mengalami krisis pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada / tekak, bengkak / benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!

Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?

(1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.

Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Jangan menyerah kalah terlalu awal! Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

(4) Kasihanilah diri anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah ditambahkan lagi toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Adakah suplemen Shaklee ada healing crisis?

Hakikatnya, tak kiralah jenama suplemen apa yang anda ambil, sekiranya itu adalah kali pertama, dan sekiranya telah banyak toksin yang terkumpul di dalam badan anda, pastinya anda akan melalui healing crisis, samaada ringan ataupun berat. Kesannya akan "lebih hebat" sekiranya anda mengambil vitamin sintetik, dan gaya hidup anda sebelum inipun tidak begitu sihat. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan healing crisis, terutama bagi mereka yang kali pertama mencuba suplemen / vitamin semulajadi dari Shaklee, digalakkan mencuci usus anda terlebih dahulu agar penyingkiran toksik dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Bagaimana untuk mencuci usus?

Disarankan pengambilan Shaklee Herb-lax sebelum memulakan apa jua program kesihatan. Ada sesetengah kes healing crisisnya sangat teruk. Ini kerana tubuh badan mereka mengandungi banyak toksin dan ianya perlu disingkirkan agar sel dalam tubuh kita dapat menyerap semua vitamin dengan mudah dan lancar.

Namun, kerana mereka yakin Shaklee bukanlah ubat tetapi sekadar supplemen untuk membantu sel badan hidup sihat dan dapat membina antibodi sendiri, maka mereka akan terus mengambil suplemen ini untuk mendapatkan kesan yang optimum. Walaubagaimanapun, sekali lagi saya ingatkan bahawa kesan krisis pemulihan ini adalah BERBEZA BAGI INDIVIDU. Tiada krisis pemulihan pada diri saya TIDAK MENJAMIN yang anda juga tidak akan mengalaminya.

Reference: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Kredit : Genkimomma

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

  ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Berita SEDIH vs Berita GEMBIRA

Dalam hidup ni lumrah ade masa kita gembira dan ada masa kita sedih. Semua orang pernah rasai gembira. Semua orang pernah rasai kesedihan. Orang kata berita sedih tak perlu cerita kat orang, Berita gembira plak jangan di simpan. Macam mane kalau satu peristiwa tu ada kedua-duanya ?

Hari ini saya terpaksa melepaskan kereta kesayangan saya Honda Jazz (Fit) setelah 8 tahun berkhidmat. Dari zaman bercouple sampai ke anak 4 itu lah kereta saya. Buat kali terakhirnya tadi kami sekeluarga bergambar kenangan dengannya :(:(

8 tahun dahulu
Hari ini
Honda Fit ni saya beli secara auction kat Japan auction. Masa tu tahun 4 di Jepun dalam tahun 2005. Harga beli pada masa tu 760,000yen lebih kurang RM22K sahaja! Kereta second hand tapi macam baru. Meter pun baru 28k. Bayar cash tu..huhu.. Hasil menabung 3 tahun dengan kerja sambilan + duit biasiswa.

Banyak sangat kenangan bersama Honda Fit. Saya pernah menjelajah dari Ibaraki ke Hokkaido dan pusing satu Hokkaido beramai-ramai. Honda Fit ni pernah jadi kereta pekerja semasa saya buat keja sambilan dulu. Mengangkut pekerja Jepun, Korea, Pakistan termasuklah Malaysia. Dapat la minyak free.. Honda Fit ni juga la menjadi kereta pengantin saya.

2005 @ Hokkaido VS 2013 @ Shah Alam
Hari ini setelah 8 tahun berlalu, saya terpaksa menjualnya dengan harga RM25K!.diulang RM25K. Dasyat betul harga kereta kat Malaysia ni. Dah guna 8 tahun boleh jual lagi tinggi dari harga beli. Itupun saya tolak kat kedai. Kalu cat cantik-cantik dan jual terus kepada pembeli nilainya lagi tinggi.

Kini parking kereta dah ada tuan baru. Nissan Grand Livina! itulah berita gembiranya. Farihah & Nasri la orang yang paling seronok sekali. Muqri plak mula-mula naik tu nak turun balik sebab berbalut plastik. Dah buka baru nak duduk. Begini la bila anak dah makin ramai. Semoga kereta baru ni pun dapat berkhidmat secemerlang Honda Fit.

Penghuni Baru





Adakah anda suka artikel ini?

Set ASAHE (Athma, Sinus, Allergy, Hives, Eczema)

ASAHE atau dalam bahasa ialah Asma, Resdung, Alahan, Gegata dan Ekzema merupakan penyakit yang biasa terjadi dikalangan kita. ASAHE bukanlah nama sebenar 5 serangkai ini, tetapi kami namakan khas untuk mudah ingat dan  rujukan.

Set ASAHE ini sangat sesuai kepada mereka yang ada salah satu daripada masalah diatas atau ibu menyusu yang mana bayinya mempunyai masalah diatas. Set ini terdiri daripada ;

1 - VITAMIN C
- Sebagai antioksidan yang bagus untuk kulit
- Meningkatkan antibodi badan.
- Membantu membaiki luka

2 - B COMPLEX
- Baik untuk sistem saraf
- Membantu mengurangkan stress - antistress
- Dilengkapi dengan Asid Folik untuk tumbesaran sel.
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
- Sebagai penstabil hormon

3 - ALFALFA
- Merupakan store bagi nutrien - kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meneutralkan asid dalam badan
 
Set ini adalah premium set yang lengkap untuk masalah asma, resdung, alergik, gegata dan ekzema. Jika anda mempunyai kekangan budget, kami juga menyediakan set budget untuk anda. Pastikan anda menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.  

Nota : 
1- Penghidap SLE tidak boleh mengambil Alfalfa Complex, Vita-Lea, Zinc Complex, Herb-lax 
2- Penghidap Thalassemia tidak boleh mengambil Vita-Lea 
3- Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix  
4- Pesakit yang mengambil Warfarin (ubat cair darah) disarankan tidak mengambil sebarang suplemen 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

Set Sugar Control (Diabetes)

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan akan membawa kepada komplikasi yang teruk seperti katarak, sakit jantung dan angin ahmar. Oleh itu sangat penting pesakit diabetes dan pra-diabetes mengambil nutrien tambahan untuk meningkatkan pengawalan gula dalam darah.

Set diabetes atau Sugar control set Shaklee berupaya mengawal paras gula dalam darah dan membantu mengatasi masalah insulin. Set ini terdiri daripada;

1 - ZINC COMPLEX
- Membantu insulin agar dapat berfungsi dengan baik
- Membantu membaik pulih luka
- Penting untuk pertumbuhan sel

2 - GLA COMPLEX
- Membantu mengawal paras gula dalam darah
- Membantu mencegah kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes
- Membantu menstabilkan hormon dalam badan
- Membantu badan menghasilkan Prostaglandin E1 (PGE1)
- PGE1 penting dalam membantu insulin berfungsi dengan baik

3 - ALFALFA
- Merupakan store bagi nutrien - kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral
- Kaya dengan Mangan - membantu menurunkan paras gula

4 - VITA-LEA
- Mengandungi 30 nutrisi harian, 12 vitamin n 7 mineral penting
- Dilengkapi dengan chromium
- Chromium membantu mengekalkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pengunaan insulin oleh badan

5 - VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE

- Membantu menurunkan paras gula yang terkumpul dalam sel
- Menurunkan kadar komplikasi akibat daripada pengumpulan gula dalam darah
- Membantu merendahkan tekanan darah pada pesakit diabetes
- Membantu mengurangkan ketegangan arteri pada pesakit diabetes
- Sebagai antioksidan yang bagus untuk kulit
- Meningkatkan antibodi badan.

6 - B-COMPLEX
- Mengandungi nutrien penting yang diperlukan pesakit diabetes iaitu vitamin B1,B6,B12, Biotin, Niacinamide
- Membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak akibat paras gula yang tinggi.
- Menukarkan glukosa kepada tenaga
- Dilengkapi dengan Asid Folik untuk tumbesaran sel.
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Set ini adalah premium set yang lengkap untuk mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Jika anda mempunyai kekangan budget, anda tidak perlu mengambil kesemua vitamin diatas. Kami juga menyediakan set budget untuk anda. Pastikan anda menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.  

Nota : 
1- Penghidap SLE tidak boleh mengambil Alfalfa Complex, Vita-Lea, Zinc Complex, Herb-lax 
2- Penghidap Thalassemia tidak boleh mengambil Vita-Lea 
3- Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix  
4- Pesakit yang mengambil Warfarin (ubat cair darah) disarankan tidak mengambil sebarang suplemen * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami 

Adakah anda suka artikel ini?

Apa itu DIABETES (Kencing Manis)

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama:

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Kanser Semakin Pulih dengan VIVIX *

Kanser atau barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Ia merupakan penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia.

Saya nak kongsikan disini testimoni daripada pengguna Vivix yang mengidap kanser rahang;


 "gugur air mata ku hari ini...customer mai yg dah jatuh cinta dengan shaklee n dah join ahli free coz borong vivix bulan lepas datang bgth..beliau belikan vivix untuk abang iparnya yang sedang merana sakit kanser rahang...seronok katanya ada 3 perubahan besar selepas 2 minggu minum vivix...
1) blh tido lena sebelum ni setiap 1 jam akan terjaga sebab sakit ...skang tido lena sampaikan isteri yang menjaga terpaksa tgk coz risau jgk diam je kata isterinya entah hidup ke mati...coz sebelum ni mmg tk lena
2) Sakit bisa2 selama ini mulai hilang..
3) dah lalu makan.." - Mai


Lagi perkongsian seorang pesakit kanser tahap 3 yang pulih selepas mengambil vivix selama sebulan;


Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Paras Gula Turun dengan Vivix *

Sebut jek diabetes, semua orang sedia maklum akan penyakit ini. Antara pembunuh terbanyak rakyat Malaysia. Ayah saya juga meninggal akibat diabetes. Ayah saudara saya, ayah saudara suami saya juga meninggal akibat penyakit ini. Bolehkah kenaikan gula mengurangkan diabetes? :)

Jom baca kisah Pn Sue yang menghadiahkan Vivix kepada ibunya.



Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Berhenti Merokok Dengan Vivix *

Sudah berapa kali anda berjanji pada diri anda bahawa anda akan berhenti merokok? Jika anda masih membaca artikel ini, kemungkinan besar anda masih menimbang-nimbang untuk berhenti merokok. Biasanya kita mula berjanji untuk berhenti merokok ketika kita kehabisan duit atau dah timbul gejala penyakit akibat merokok.

Disini saya kongsi dengan semua testimoni daripada pengguna Vivix


" Beberapa hari lepas wife tetiba bagi sesudu vivix. Rasa macam ribena yang amat pekat. Dia kata elok untuk jantung... Tanpa usul periksa saya pun makan la. Keesokan harinya saya mula hilang satu 'nikmat' hidup bila sedut sebatang rokok. Puiii pahit gilerrr. Rasa macam hisap rokok masa demam (perokok tegar tau ni). Saya continue hisap rokok beberapa hari tanpa berjaya menghabiskan rokok sampai ke puntung.

Saya tanya dia apa benda ni. Dia kata vivix ni memperbaiki DNA manusia terutama sekali bahagian jantung dan organ-organ yang berkaitan. DNA kita akan balik ke asal macam mana yang dikurniakan kepada kita dan sepatutnya dipelihara. So organ dalaman yang selama ini dah terbiasa dengan nikotin dan segala macam racun membunuh tu akan jadi sempurna balik. Hah whatever la sayang...

Selang beberapa hari saya sendiri amik sesudu lagi vivix ni. Saja nak tengok macam mana hasilnya. Alah bukan tak pernah ambil niquitin dan macam2 tin yang ada kat pasaran. Benda2 tu mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin tapi fikiran tak boleh nak lupakan nikmatnya merokok. Kalau menjadi pun lambat hasilnya. Makan minggu atau bulan jugak. So esok paginya bila hisap sebatang terus rasa macam nak muntah. Uish biar betul ni. Sejam kemudian cuba lagi dan perghhh. Berhenti kereta tengah jalan sebab rasa terlalu tepu. Macam rasa merokok melebihi 20 batang sehari padahal baru sebatang dua jer hisap." - Encik Mohd

Lagi Testimoni Cik Izan tentang Ibunya yang berjaya berhenti merokok setelah mengamalkan Vivix :


"Mmmm...Segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan...mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi .bukannya rokok daun ..tapi rokok dunhill. dulu memang rasa segan dengan kawan2.dengan keluarga bakal suami ..tapi tu la ..bila kita nasihat ..orang tua ni bukannya nak dengar.. keraplah mak sakit perut yang teruk,mungkin sebab organ dalaman dia dah x berapa elok kot sebab sekarang umo dia dah 63 tahun ..tapi alhamdulillah ..awal minggu lepas saya poskan vivix kat mak saya.tup tup mak call saya ..jeng,,jeng ..jeng.. dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu???saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU !! dia langsung xleh hidap rokok tu ..saya kata itulah ubat yang saya cari selama ni untuk dia... alhamdulillah ..dah seminggu dia x beli dan x sentuh langsung rokok. dia cakap selera makan diapun makin bertambah... ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi..alhamdulillah,syukur pada Allahakhirnya saya jumpa suplement yang betul2 sesuai untuk ibu saya...xpela kuar duit banyak sikit pun...IBU KITA SEORANG JE..selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat..." - Cik Izan

Video Temuramah bekas perokok yang berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee.


Apa kata anda pula hadiahkan Vivix buat yang tesayang. Untuk bulan November 2013 sahaja,  kami menawarkan harga runtuh untuk VIVIX. Jangan lepaskan peluang keemasan ini

 Nota : 1- Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix. Juga tidak sesuai untuk 18 tahun kebawah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Boleh berjalan selepas serangan stroke dengan VIVIX *


 Alhamdulillah.. Arini ma kesayangan dah boleh berjalan sendiri, Baru 7 hari mengambil vivix dari shaklee.


Adakah anda suka artikel ini?

Peluang Jana Pendapatan bersama Shaklee Hanya dari Rumah

Saya adalah salah seorang ibu kepada 4 orang anak yang hanya bekerja dari rumah. Seronok dapat lihat anak-anak membesar dan lihat sendiri perkembangan anak tanpa perlu diberitahu dari orang lain;
Anak puan dah boleh meniarap. Tahniah!

Kenapa saya memilih Shaklee? Untuk pengetahuan, sebelum saya kenal Shaklee, saya penjual produk fizikal di eBay secara dropship dan masih mengusahakannya sehingga sekarang. Selepas mengenali Shaklee, saya sangat tertarik dengan pelan jualan Shaklee. Tambah menarik lagi boleh juga buat secara dropship tanpa perlu modal dan stok.

Perbezaan Shaklee VS MLM lain


Adakah anda suka artikel ini?

PCOS punca gagal hamil

Apa itu PCOS?

PCOS atau penuhnya Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome) adalah suatu keadaan di mana ovari membengkak kerana benih-benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Apabila keadaan ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

PCOS merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20% wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Google Image


Adakah anda suka artikel ini?

Shaklee sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan Shaklee. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Adakah anda suka artikel ini?

Produk Shaklee Malaysia Mendapat Kelulusan KKM

Sebagai pengguna, selain memastikan produk adalah halal, mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlu dititikberatkan memandangkan bagitu banyak lambakan suplemen-suplemen di pasaran Malaysia. Ini bagi memastikan setiap produk yang diambil adalah selamat untuk kesihatan.

Google image
Setiap produk yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia akan mempunyai no sijil KKM yang hanya dikeluarkan bagi product itu sahaja. Maknanya, 1 produk bersamaan satu no sijil KKM.


Adakah anda suka artikel ini?

Produk Shaklee Malaysia Halal

Sebelum ini pernah timbul isu bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Hal ini timbul setelah pengadu mendapat pengesahan dari Shaklee Canada. Tahukah anda bahawa Shaklee menghasilkan produk yang berbeza untuk pasaran setiap negara. Oleh itu untuk mendapat pengesahkan halal sepatutnya bertanya pada Shaklee Malaysia untuk produk Malaysia bukannya Shaklee Canada.

Sebagai contoh disini saya membuat perbezaan antara B komplex yang dipasarkan di Malaysia dengan B komplex yang dipasarkan di Jepun. Bukan sekadar botol, bentuk tablet juga berbeza.



Adakah anda suka artikel ini?

Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis? 

Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bacteria menjadikan apa yang digelar “darah kotor” atau darah haid.

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Adakah anda suka artikel ini?

Bagaimana untuk meningkatkan kesuburan wanita

Pernahkah anda dengar kesuburan wanita boleh dilihat dari kuku ibu jari? Kalau ada bulan sabit putih di kuku, tandanya anda subur. Bagi saya itu hanya lah mitos semata-mata kerana saya juga tiada tetapi alhamdulillah sudah 4 orang cahayamata selama 7 tahun berkahwin!

Google image

Kesuburan wanita dipengaruhi banyak faktor kerana sistem peranakan wanita sangat kompleks jika dibandingkan dengan lelaki. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesuburan wanita ialah ;


Adakah anda suka artikel ini?

Tips untuk mendapatkan anak lelaki

Sebelum ini saya ada kongsikan tips untuk mendapatkan anak perempuan. Kali ini saya kongsikan pula tips untuk mendapatkan anak lelaki. Asasnya adalah sama, berpandukan pada sifat-sifat sperma X dan sperma Y. Untuk penerangan tentang Kromosom X dan kromosom Y telah diterangkan di sini.

XX - Akan menghasilkan anak perempuan
XY - Akan menghasilkan anak lelaki
Google image

Untuk mendapatkan anak lelaki, Sperma yang membawa gen Y perlu menjadi juara. Bagaimana untuk memilih hanya sperma yang membawa Y sahaja berjumpa ovum?


Adakah anda suka artikel ini?

Tips untuk mendapatkan anak perempuan

Anak adalah rezeki dari Allah kepada manusia. Namun jika diberi pilihan pasti ramai yang ingin memilih jantina anak lelaki mahupun perempuan. Walaupun ia adalah ketetapan, tiada salahnya anda mencuba berusaha untuk mendapatkan anak lelaki ataupun perempuan.

Jom kita refresh balik subjek biologi yang dibelajar masa form 4 @ form 5 dulu. Lelaki membawa sepasang kromosom XY manakala perempuan membawa sepasang kromosom XX. Oleh itu penentu untuk jantina anak pastinya terletak pada lelaki atau sperma yang membawa kromosom X ataupun kromosm Y. Untuk mendapat anak perempuan, sperma yang membawa kromosom X sahaja diperlukan untuk bergabung dengan ovum yang hanya membawa kromosom X.

XX - Akan menghasilkan anak perempuan
XY - Akan menghasilkan anak lelaki


Adakah anda suka artikel ini?

Bagaimana Proses Penuaan Berlaku?

Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel. Sel-sel ini mengarahkan badan untuk menjalankan fungsi seperti yang sepatutnya. Semakin kita meningkat usia, sel akan mati serta rosak seterusnya meningkatkan risiko sakit dan mendapat penyakit. Proses penuaan sel mengandungi 4 mekanisma yang membawa kepada penuaan, penyakit dan akhirnya kematian.

Google image

Di bahagian tengah satu sel terdapat nukleus. Nukleus ini menjadi rumah kepada DNA bagi setiap sel di mana mengandungi maklumat penting genetik serta menafsirkan fungsi bagi setiap sel. Apabila semua proses berfungsi sewajarnya, maka DNA telah dilindungi sepenuhnya dan boleh diduplikasi 100% apabila sel membahagi ( fungi penting sel).


Adakah anda suka artikel ini?

Adakah Anda Merancang Untuk Hamil?

Menyimpan angan-angan untuk mendapat cahayamata memang menjadi lumrah pasangan suami isteri lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga. Kajian menunjukkan pasangan yang merancang kehamilan mereka dapat mengurangkan risiko masalah ketika mengandung. Merancang itu perlu terutamanya pada wanita untuk persiapan fizikal dan mental.

Ini adalah antara 11 tips saya kongsikan persiapan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.


Adakah anda suka artikel ini?

Promosi Vivix Shaklee Beli 6 Percuma 1

Berita baik untuk semua!!  Pada bulan November 2013 ini, dapatkan Vivix Shaklee dengan harga yang sangat istimewa.

Feel 25 Years Younger & Live 25 Years Longer

Jom dapatkan Vivix Shaklee dengan harga promosi yang sangat menarik sepanjang bulan November 2013 ini. Dengan membeli 6 botol Vivix, anda akan dapat ;


Adakah anda suka artikel ini?

Rahsia pemakanan untuk kesuburan lelaki

Selain dari cara hidup yang sihat, pemakanan juga sangat penting dalam mempengaruhi kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Sebagai panduan, saya kongsikan khasiat pemakanan yang akan meningkatkan kadar kesuburan lelaki.

Antara makanan berkhasiat yang dicadangkan dalam diet harian mestilah mengandungi ;

1- Zink - Tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.

2- Selenium - Diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah
Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda

3- CoQ10 - Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur
Sumber makanan : Makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

4 - Vitamin E - Meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan.
Sumber makanan : biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.

5 - Asid folik - Meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan : hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

6 - B12 - Meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.

7 - Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.
Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.

8 - L-Carnite - Untuk sel sperma berfungsi normal dan meningkatkan produksi sperma.
Sumber makanan : daging merah, ayam, pisang,

9 - L- Arginin - Berperanan dalam peningkatan jumlah sperma. Dihasilakn secara semulajadi oleh tubuh. Namun seiring penambahan usia penghasilannya akan menurun.
Sumber makanan : Putih telur (kandungannya tinggi), seafood, kacang-kacangan, biji labu

Kami ada menyediakan set kesuburan yang lengkap dengan khasiat-khasiat diatas. Dapatkan set kesuburan dari kami. Plan pemakanan exsklusif akan disediakan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Bagaimana untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Masalah kesuburan boleh diukur jika pasangan masih belum hamil setelah setahun berkahwin. Kajian menunjukkan masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% juga daripada lelaki. Manakala 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya.

Sperma yang sihat meningkatkan kesuburan lelaki. Jom tengok antara amalan yang baik untuk menghasilkan sperma yang sihat.

* Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

* Makan makanan yang berkhasiat dalam diet harian yang mengandungi Zink, Selenium, CoQ10, Vitamin E, Asid folik dan sebagainya.

* Kekalkan berat badan yang ideal dan seimbang. Kebanyakan kajian menunjukkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

* Uruskan tekanan dan dapatkan tidur yang mencukupi. Perkara itu boleh meningkatkan fungsi seksual dan mengelak dari gangguan hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma

* Banyakkan senaman termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari untuk kestabilan hormon.

* Pakai seluar dalam yang longgar. Seluar yang ketat boleh mengurangkan jumlah sperma

* Jangan merokok!

* Elakkan dari terdedah dengan haba dan kepanasan seperti meletakkan komputer riba di paha atau mandian wap.

* Jangan mengambil ubat anti kemurungan atau anti androgen yang boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

* Elakkan dari terdedah pada toksik seperti racun serangga kerana boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.

* Jangan ambil dadah. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma.

* Kerapkan mandi. Trombosis Research Department di London membuktikan bahawa mandi air dingin di pagi hari dapat meningkatkan produksi hormon estrogen dan testosteron yang mempengaruhi kesuburan.

* Jangan melakukan oral seks kerana air liur secara semulajadi dapat mematikan sperma.

Anda menghadapi masalah kesuburan? Dapatkan set kesuburan dari kami. Boleh diambil bersama-sama pasangan anda. Pastikan juga anda mengamalkan cara hidup yang sihat seperti diatas.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Set Kesihatan Lelaki

Pemakanan yang tidak seimbang ditambah dengan cara hidup kini yang mendorong pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti strok, obesiti dan sebagainya. Perubahan pada hormon lelaki pula boleh menyebabkan masalah mati pucuk, masalah prostat dan sebagainya.

Set kesihatan lelaki ini bukanlah ubat tetapi suplemen untuk memelihara kesihatan lelaki dansekaligus mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Set ini terdiri daripada ;

1 - ZINC COMPLEX
- Penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone.
- Membantu menghasilkan sperma yang sihat.
- Membantu dalam proses pembentukan genetik
- Kekurangan zink dalam badan boleh mengakibatkan penyakit prostat

2 - VITAMIN E
- Juga dikenali sebagai vitamin cinta @ vitamin seks
- Meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki.
- Dilengkapi dengan Selenium yang membantu hubungan seksual bagi lelaki.
- Melancarkan peredaran pembuluh darah.
- Membantu menghasilkan sel2 baru (termasuk RNA & DNA)

3 - OMEGAGUARD
- Anti keradangan
- Membantu memecahkan lemak berlebihan
- Merupakan minyak ikan yang membekalkan DHA & EPA
- Membantu mengawal paras kolesterol
- Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata

Set ini adalah premium set yang lengkap untuk kesihatan lelaki. Jika anda mempunyai kekangan budget, anda tidak perlu mengambil kesemua vitamin diatas. Kami juga menyediakan set budget untuk anda. Pastikan anda menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.

Nota :
1- Penghidap SLE tidak boleh mengambil Alfalfa Complex, Vita-Lea, Zinc Complex, Herb-lax
2- Penghidap Thalassemia tidak boleh mengambil Vita-Lea
3- Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix
4- Pesakit yang mengambil Warfarin (ubat cair darah) disarankan tidak mengambil sebarang suplemen

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com**

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...